Image hosted by Photobucket.com ................................................................................................................................. Surah Ar-Rad(Ayat 28):Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia

Monday, April 25, 2005

Di Manakah Kawan

Image hosted by Photobucket.com

Ku meronta - ronta,
Dlm kegelapan ,
Terluka, Terhanyut,
Ke lembah dosa yang serabut,
Gembira di muka,
Tetapi hati tak pernah puas.

Wahai kawan,
Di manakah kau,
Di kala aku memerlukan bimbingan,
Di mana aku memerlukan teguran,
Senang kita pikul,
Susah kau hilang.

Tunjukkanlah aku jalan,
Tiada gunanya penyesalan,
Kerana aku sudah terhumban,
Ke lubang neraka yang perit,
Hendak ku bangkit,
Tiada siapa yang memapahku.

Di manakah kau kawan,
Tatkala aku memerlukan al-Quran,
Tatkala aku memerlukan perlindungan,
Kau tidak peduli,
Ketika jiwa ini sudah dinodai,
Pengaruh syaitan yang terpesong.

Dosa menjadi kawanku,
Pahala menjadi musuhku,
Kau tidak peduli,
Apabila kaki ini melangkah sesat,
Apabila tangan ini ingkar,
Apabila mulut medan penghinaan.

Di manakah kawan,
Semasa aku memerlukan pencahayaan,
Engkau menyimpan cahaya itu,
Engkau tamak, engkau dengki,
Meninggalkan aku sendiri..

Monday, April 18, 2005

Tuntutan Untuk Kita Berda'wah

Semoga semua pembaca blog saya berada dlm keta'waan kepada yang Maha Esa Allah s.w.t. Bersyukur kita masih lagi deberi nyawa oleh Allah s.w.t untuk mengharungi dunia ini lagi yang penuh dengan perkara - perkara mungkar dan hampir menyerupai zaman Jahilliyyah. Kenapa Allah menjadikan kita yang asyik melakukan kerosakan? Dalam al - Quran ada menyebut: -

"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKU" (Surah Az - Zaariyaat:56)

Kalu begitu adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menurut perintah Allah s.w.t yang menjadikan kita daripada tanah dan kepada tanahlah jua kita akan kembali. Allah telah menurun Islam kepada umat manusia yakni satu keni'matan yang tidak terhingga. Ia merangkumi segala aspek kehidupan kita. Oleh itu, adalah tidak logik seorang manusia jika mengetahui sesuatu kebaikan tetapi tidak mahu mengongsikannya. Contohnya, apabila kita tahu mengenai tiket kapalterbang murah hendak pulang ke tanahair, semua orang akan menyebarkan berita baik ini melalui SMS, friendster, e-mail dan macam - macam lagi cara orang umat sekarang berkomunikasi. Inikan pula Islam yang menjamin kesejahteraan manusia di dunia dan di akhirat. Rasullallah pernah menyuruh kita untuk menyebarkan Islam walaupun dengan satu ayat sahaja. Amatlah mudah untuk menyebarkan Islam di zaman sekarang yang dimudahkan lagi dengan ciptaan handphone, internet, radio dan televisyen. Tapi, kenapa kita masih tak mahu menyahut cabaran ini. Allah taala sendiri berfirman: -

"Dan siapakan yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan(saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya?" (Surah al-Baqarah:140)

Tanggungjawab ini telah diberi kepada kaum Yahudi tetapi mereka telah menolaknya. Akibatnya, mereka dilaknat dan dikeji oleh Allah s.w.t. Dalam Al-Quran ada menyatakan: -

"....Dan mereka ditimpakan dengan kehinaan dan kepapaan dan sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan dari Allah. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka kufur(mengingkari) ayat - ayat Allah (perintah - perintah dan mukjizat - mukjizat yang membuktikan kebesaranNya); dan mereka pula membunuh Nabi - nabi dengan tidak ada alasan yang benar...." (Surah Al-Baqarah:Ayat 61)

Adakah kita mahu menjadi seperti kaum Yahudi yang dilaknat, dicaci, dan disumpah menjadi beruk seperti yang diceritakan dalam al - Quran.

Nabi Muhammad telah berpenat lelah, mengorbankan masa, jiwa, mental dan harta untuk menyebarkan agama Islam ini. Adakah kita tak mahu menghargai pengorbanannya? Adakah kita tak mahu menyambung apa yang Rasulallah s.a.w. telah mulakan? Jikalah kita seorang muslim yang sudah mengucap dua kalimah syahadah nescaya kita akan berkata "Tidak". Tapi, umat sekarang hanya Islam di kad pengenalannya sahaja tapi jiwanya sudah depengaruhi orang - orang kafir yang tidak mahu berhenti mencampakkan umat Islam ke paya busuk yang kotor lagi hina. Allah berfirman dalam al-Quran: -

"Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu(wahai umat Muhammad) satu umat pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia(tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulallah(Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu"(Surah al - Baqarah:140)

Ayat ini cuba menyatakan Rasuallah sudah menjalankan tugasnya untuk menyampaikan risalah Islam ke umat manusia. Jadi, kita tidak boleh menggunakan alasan bila kita ditanya dia hari akhirat kita tak mendapat Islam kerana Rasulallah tidak menjalankan tugasnya. Tugas ini sekarang diwarisi kepada umat Muhammad yakni KITA!!!

Sejak kita diajar di sekolah rendah lagi kita diajar bahawa Allah itu Maha Adil. Oleh itu, tidak kena pada sifat Allah s.w.t. jika Dia mencampakkan seorang kafir yang tidak tahu mengenai Islam ke dalam api neraka. Nescaya, kita yang akan bertanggungjawab ke atas umat Islam itu kerana tidak memberitahu dia mengenai Islam, penawar bagi segala masalah dan gejala maksiat di dunia.

Sekarang kita dihantui oleh kenikmatan dunia yang hanya sementara sahaja. Allah s.w.t ada ingatkan kita dalam al-Quran: -

"Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar - benarnya.."(Surah al-Ankabut:64)

Ganjaran untuk orang yang berjuang demi agama Allah amatlah besar. Oleh itu, mengapa kiat sibuk - sibuk mengejar keduniaan. Allah telah janji dalam kitab suci - Nya: -

"Allah akan mengampunkan dosa - dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman - taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat - tempat tinggal yang baik dalam syurga "Adn". Itulah kemenangan yang besar."(Surah as - Saff:12)

Oleh itu, janganlah kita gentar untuk menyebarkan agama Allah s.w.t kerana Allah akan bersama dengan umat - Nya yang berjuang demi agama - Nya. Apa yang kita tunggu lagi?!!!!!





Sunday, April 17, 2005

Siapalah Aku

Aku hanya insan biasa,
Yang mencari kebenaran di dunia,
Semua memandang sebelah mata,
Hanya lihat dan menjaga hati sendiri,
Mengapa kesudahan yang begini,
Aku tiada punca untuk berdiri,
Tiada siapa sanggup mengerti,
Pintaku hanya seorang yang sanggup memimpinku.

Tapi,
Siapalah aku,
Permintaan sebegini,
Hanya layak menjadi bahan ketawa,
Perasaan ku hancur dan disakiti,
Adakah ku harus tunggu,
Adakah harus ku pilih jalanku,
Atau harus berserah.

Mengapa perasaan ini harus hadir,
Merosakkan pikiran dan hatiku,
Cubaku hindar tapi takdir lebih kuat dari keinginan,
Adakah diam satu penyelesaian,
Tiada jawapan dalam diriku,
Hanya peringatan palsu,
Menghantuiku,
Mencaciku,
Kegagalanku.

Aku gagal…Aku gopoh,
Sesalan tiada gunanya,
Siapalah aku,
Untuk menyoal takdir,
Kerana dosa sudah lama meninggalkan parut di hati.

Friday, April 15, 2005

Kita Ini Tetamu Senja (by A. Samad Said)

Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila tiba detik kembalilah kita kepadaNya
Kita datang ini kosong tangan kosong dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

Pada tetamu yang datang dan kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada tuhan kepada insan
Pada tetamu yang datang dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka kepada Tuhan kepada insan

Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad

Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke biru laut ke kuning darat
Harus kita lekas segera sedar pada tugas

Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawalah bakti padat berkat