Image hosted by Photobucket.com ................................................................................................................................. Surah Ar-Rad(Ayat 28):Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia

Tuesday, November 08, 2005

Pelik tapi Memang terjadi

Salam dan pekabar semua...

Mungkin ramai yang tak pernah terpikir but ini memang terjadi di antara kita semua.

1.Saya sekarang belajar di luar negara yakni Ireland.Di sini memang terkenal dengan aktiviti yang lagha seperti minum arak, berparti dan macam - macam lagi.Di sini sukar hendak saya melakukan solat, berwuduk, makan makanan halal(banyak je restoran halal di Dublin) dan banyak melakukan amalan Islam. Tapi, yang peliknya saya lebih mengenal Islam di sini berbanding di tanah airku. Di sini, ramai orang ajak aku berusrah, melakukan aktiviti agama dan banyak lagi. Tapi, tatkala aku di Malaysia kenapa ramai orang yang dikatakan Islam tidak mengajak aku berusrah, membuat aktiviti Islam dan macam2 lagi. Adakah silap sistem kita sendiri di Malaysia?Ataupun mungkin kita ingat Keislaman di negara kita sendiri sudah cukup? Ataupun mungkin apabila aku di negara Barat, aku seolah2 pulang semula ke zaman Rasulallah. Di zaman itu melakukan amalan Islam amatlah payah.Mereka di zaman itu mengharungi onak dan duri semata2 kalimah "Lailahaillallah." Iman mereka bertambah walaupun ditikam dengan ombak, decampak dalam air panas, dijemur di tengah padang pasir dan macam2 lagi seksaan.Tetapi di Malaysia tiada lagi penindasan.Amalan Islam mudah dilakukan...masalahnya betulkah penyataan ini?Adakah mudah kita hendak melakukan amalan Islam di Malaysia? Apabila saya mengenang nasib di Malaysia, semakin lama semakin Islam di Malaysia sudah ditarik balik.Kita semakin lupa.Orang Islam sendiri yang menentang sistem Islam.Penduduk Islam di Malaysia lebih suka kepada hiburan daripada Islam. Mereka menentang para ulama apabila mereka membuat fatwa adalah haram menghadiri konsert, mereka tak berpuas hati apabila zikir terlampau lama sehingga menganggu konsert mereka,mereka menengking apabila Islam menghalang daripada lelaki dan perempuan bercampur tanpa sebab yang munasabah.Nauzubillah!Pelik sungguh!Bukankah Islam itu penyelamat umat.
Saya rasa ini mungkin balasan kita kepada Allah s.w.t. Mungkin apabila sukar untuk kita melakukan Islam di Malaysia, kita akan kembali kepada zaman susah di Zaman Rasulallah dan para sahabat. Siapa yang masih ingat kisah Mus'ab bin Umair.Dia dibesarkan dalam keluarga yang kaya tapi dia sanggup meninggalkan kekayaan di dunia kerana Islam.Apabila dia diusir dari keluarganya, semua sahabat tunduk dan sedih melihat dia dalam keadaan yang amat daif.Walaupun dia kelihatan amat daif, kematiannya di perang Uhud diangkat sebagai salah satu syahid yang paling mulia.

2.Orang yang berbuat baik berasa malu.Hmm...pelik bukan!Saya masih ingat di bangku sekolah, apabila seseorang buat jahat seperti kacau perempuan lain, ponteng sekolah, mereka diangkat sebagai seorang yang mulia.Tapi, bagi mereka yang pergi ke masjid, rajin membaca Al-Quran dianggap sebagai seorang yang tak tahu berseronok.Mereka dikutuk dan dihina. Malah ada yang tidak mengaku apabila melakukan perkara baik.Kononnya hendak menjaga polulariti. Pelik kan!Sekali lagi saya tekankan bukankah Islam itu penyelamat umat manusia daripada api neraka!
"Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya dan dia pada hari akhirat kelak dari orang2 yang rugi"(Surah Al-Imran:85)

3 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Assalamualaikum..:)
komen sy ngan topik yg diisukan ni...this is only my opinion nothing personal..sememangnya bila kita berada dlm kesenangan kita selalu terlupa dan terleka utk Islam itu sendiri, bagi sy tepuk dada tanya lah selera...mungkin benar mcm yg dikomenkan pasal malaysia dah islam dan umat nya terlupa dan terleka kerana tak melalui kepayahan beragama dan mengamalkannya seperti zaman dedulu...tp kita sendiri kena sedar di mana diri kita...walau di mana kita berada.. klu islam sentiasa di hati insyaAllah pasti diamalkan tak kira di mana jua.
Satu lagi... sentuh pasal org islam di malaysia, bg sy salah sikit ayat tu bukan org islam di malaysia tetapi org yg berbangsa melayu itu sendiri yg tidak mencerminkan agama islam dlm bangsa mereka itulah silapnya..he..he...so apa2 pun biarla kita amalkan dan praktikkan islam itu dlm serba serbi kesederhanaan dan tidak terlalu fanatik krn takut jauh tersimpang plak...:)
Apa2 pun mmg nyata 'pelik tp memang terjadi'...salam

7:21 AM  
Anonymous Anonymous said...

assalamualaikum..
sesungguhnya Allah akan memberikan hidayah kepada sesiapa yang dikehendakiNya, tak kira dimana sahaja..bangsa mahupun tempat..Allah itu Maha Mengkehendaki..

1:42 AM  
Anonymous Anonymous said...

Assalamualaikum......
Nak tanya sikit boleh tak...anta pergi oversea Ireland ambil jurusan apa dan tajaan mana? Sebab saya pun nak jadi doktor jugak dan saya tertarik dengan orang Islam di sana yang suka buat usrah.??

1:32 AM  

Post a Comment

<< Home