Image hosted by Photobucket.com ................................................................................................................................. Surah Ar-Rad(Ayat 28):Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia

Wednesday, November 09, 2005

Diari Taubatku

Ini satu cerpen yang aku dapat dari sahabatku.Agak menarik.Bacalah dan nilai sendiri...

Aku merenung panjang ke arah siling rumahku. Hanya nafasku yang dalam dan bunyi penghawa dingin sahaja yang hanya berkumandang di udara. Masih segar lagi bau peluhku yang masam. Fikiranku masih kusut. Masih lagi memikirkan persitiwa yang menimpa diriku baru sahaja tadi.

Peristiwa bermula ketika aku hendak keluar ke parti kawanku pada pukul 7 malam tadi. Kawanku tak lama lagi akan berangkat ke Amerika dan ini mungkin kali terakhir aku akan berjumpa dengan dia. Perancangan kami ialah hanya akan memanggil semua rakan – rakan sekelas dan hanya berseronok. Semasa aku hendak keluar aku terdengar suara azan yang menandakan masuknya waktu maghrib. Perasaanku langsung tak berubah. Ia hanya dendangan biasa sahaja yang mengajak orang menunaikan solat. Apa sangatlah solat itu? Adakah ia akan menolongku untuk mencapai keseronokan di dunia? Sebut sahaja nama Razman di sekolahku. Nescaya semua gadis – gadis muda ingin bersamaku, laki – laki muda ingin menjadi kawanku. Siapa yang tak mahu bersama dengan seorang anak datuk? Tinggal di sebuah rumah banglo yang besar, kereta mewah dengan seorang pemandu, orang gaji dua orang, segala apa yang aku hendak aku dapat. Aaahh....biarlah dengan agama. Apa yang aku hendak semua aku telah perolehi.

Semasa azan masih berkumandang, terdengar satu suara yang sudah lama aku kenal, “Nak pegi mana tu Man? Dah solat ke Man? Tak dengar ke azan tu?” suara ibuku. Seorang yang sangat alim. Tidak berhenti – henti bersembahyang, membaca al-Quran, berdoa ke Allah s.w.t. “Buat apalah beribadat banyak – banyak. Sikit-sikit sudahlah. Kitakan dah kaya? Nak mintak apa lagi?” kata suara hatiku yang angkuh.

“Saya nak pegi rumah Galvin. Nanti saya solatlah kat situ. Kita boleh solat kat mana-mana punkan ?” kataku dengan memberi satu senyuman yang sinis.

“Ish, Man ni!Bukannya lama sangat pun nak solat. Lima minit sahaja.”

“Nantilah mak! Rumah Galvin tu besar. Nanti saya solatlah di situ. Saya dah lambat ni. Mak ni lecehlah.

Man. Jangan degil sangat. Ingat pesan ibu ni. Kalu Allah s.w.t. nak tunjuk kita sesuatu, dia akan tunjuk kita cara yang kita tak sangka-sangka.”

“Yalah! Ibu ni berfalsafah pulak.” Tanpa mebuang masa saya terus hidupkan motor saya dan terus beredar dari situ. Tak mahulah saya bertekak dengan ibu saya. Bukannya dapat memberi saya seronok di dunia. Solat, tuhan, agama. Ini hanya layak dibincangkan di masjid dan sekolah. Agama bagiku hanyalah salah satu kertas SPM ku yang paling senang untuk mendapat A.

Apa yang ibu aku kata tadi terngiang-ngiang di kepala ku. “Kalau Allah s.w.t. nak tunjuk kita sesuatu, dia akan tunjuk dengan cara yang kita tak sangka-sangka.” Apa maksudnya? Adakah Tuhan telah menunjukku sesuatu sepanjang aku hidup? Terbayang segala kronologi hidupku. Terbayang segala gadis-gadis muda yang aku telah nodai dan sakiti. Teringat segala jenama arak yang telah aku minum. Terngiang-ngiang lagu kelab malam yang telah aku dengari. Apa yang Tuhan hendak tunjuk kepadaku? Segala keseronokan telah dibekalkan di dunia ini oleh manusia. Television, radio, artis-artis yang mengiurkan, arak yang memabukkan dan macam-macam lagi. Bukankah ini semua untuk kita? Mesti Tuhan bekalkan segala keseronokan ini untuk kita gunakan. Hahaha..janji aku puas. Puas di banjiri dengan khayalan-khayalan dunia. Adakah ini yang ibu aku cuba katakana? Aarrgghh…tak payah aku fikir lagi. Tiada guna aku fikir falsafah ibuku yang sia – sia. Biarlah dia dengan falsafahnya dan aku dengan falsafah aku sendiri yakni “Puas sehingga mati.”

Akhirnya aku tiba di rumah Galvin. Sebuah rumah banglo yang lebih kurang besar dengan rumahku. Pagarnya terbuka luas dan pengunjung tidak berhenti masuk. Aku mengunci motorku dan bergegas ke perkarangan rumah Galvin. Muzik – muzik yang mengasyikkan berkumandang di ruang udara. Botol – botol arak bersepah di atas meja. Manusia – manusia jantan dan betina memenuhi segala ruang rumah Galvin. Ada yang menari, bergelak – ketawa, bersentuh – sentuhan, minum arak. Beragama Islam, Kristian, India semua sama sahaja. Semua sudah hanyut dengan ilusi – ilusi dunia yang menyegarkan nafsu. Aku tidak mahu terlepas daripada keseronokan ini.

Di celah – celah manusia ini, aku terlihat Galvin sedang berborak dengan dua orang gadis muda yang aku rasa belajar sama dalam sekolahku. Aku melangkah ‘macho’ ke arah mereka. Sesudah ku sampai, aku melemparkan satu senyuman yang sinis.

“Wei, Razman! Apa khabar? Dah lama sampai?” kata Galvin.

“Baru je. Fulamak! Bukan main hebat parti ko ni. Baru je parti perpisahan kamu ke Amerika. Belum lagi parti bila kamu balik dari Amerika.”

“Hahaha! Ada – ada sahaja kamu ni. Mana boleh parti kecil – kecil. Kalu buat kecil – kecil malulah aku.”

“Hahaha! Bijak kamu ni. Kalu buat kecil – kecil tak bestlah plak. Kalu tak best, buat apalah aku dating. Baik aku pergi kelab malam. Kamu buat parti besar – besar ni, mak bapak kamu tak marah ke?”

“Kalau diorang takde di sini, tak marahlah. Diorang sekarang di Amerika. Tengah uruskan tempat tinggal aku dan yuran universiti aku di sana. Sambil – sambil tu bercutilah agaknya.”

“Ok. Bijak – bijak. Tak sia – sia mak bapak kamu hantar kamu pegi Amerika.” Kataku dengan nada yang nyaring. Mataku meleret ke arah seorang gadis muda Cina yang duduk di hadapan Galvin. Dia membalas senyumanku dengan satu pandangan yang malu. Terbayang semua tubuh – tubuh gadis muda telah aku terokai. Inilah santapan untuk lelaki yang dibekalkan untuk manusia. Belum sempat aku hendak menegurnya, tiba – tiba aku ditepuk dari belakang.

“Dei, macha! Apa yang lu tengoklah wei!” tegur seorang sahabatku yang berbangsa India. Kulitnya tidaklah gelap sangat manakala badannya gagah membuat aku rasa cemburu dengan badannya yang tegap dan mantap. Namanya Ravi. Seorang sahabatku semenjak kecil lagi. Saya, Galvin dan Ravi memang seperti ‘Three Stooges’. Segala – galanya kita lakukan bersama. Minum arak, berdisko, berseronok malah kongsi gadis yang sama.

“Aduh! Bukan main kuat kau pukul! Pelan – pelan sudahlah. Tercabut biji mata aku.” Kataku sambil mengusap – usap badanku.

“Haha! Sorilah beb! Wei! Aku ada barang baik punya. Malam sikit, bila semua orang balik. Kita dan beberapa orang lagi boleh cuba barang ini,” kata Ravi yang senyum menunjukkan giginya yang putih. Barang ini baru sahaja kami hendak cuba. Ravi kenal seorang penjual ganja di tengah Bandar. Kami bercadang hendak menghisap ganja malam ini dengan beberapa lelaki yang lain.

Sudah puas kami berseronok, jam sudah menunjukkan pukul 4 pagi. Rumah Galvin makin lama makin kosong. Yang tinggal hanyalah aku, Galvin, Ravi dan 10 orang rakan sekelasku yang lain. Kami semua duduk di ruang tamu. Aku duduk lega setelah puas menari dan berseronok sepanjang malam. Agaknya aku penat melayan ramai gadis – gadis muda tadi. Entah kenapa aku langsung tidak minum sehirup arak hari ini. Aku melihat sekeliling. Semua rakanku kelihatan penat. Saya sedar muka mereka nampak suram, gelap seolah – olah tiada cahaya di muka mereka. Mata mereka semuanya merah seperti biji saga. Aku berasa takut sebentar. Tetapi anak seorang Datuk tidak takut kepada apa – apa. Siapa berani apa – apakan aku? Ayah aku seorang peguam yang hebat. Siapa yang mengapa – apakan aku, ayah aku akan mengheretnya ke mahkamah.

Ravi muncul dari ruang dapur sambil membawa satu bag yang penuh dengan sesuatu yang berwarna hijau. Dia duduk di atas sofa sambil memperkenalkan mainan barunya. Mereka semua rasa berkobar – kobar ingin merasa mainan baru Ravi. Tetapi, aku tidak berasa apa – apa. Ravi mengeluarkan ganja itu dan menggulung ganja itu dengan daun. Setelah itu, semua orang mencapai ganja itu dan meniru apa yang Ravi buat kecuali saya. Aku rasa seperti tanganku dibeku daripada sentuh ganja itu.

“Dei, Macha! Kenapa? Tak mahu cuba ke? Cubalah. Ini barang bagus punya,” kata Ravi sambil menghisap ganja itu. Aku melihat seperti ada satu kelainan dalam rupanya. Mukanya seolah – olah berubah menjadi seekor makhluk yang amat gelap kulitnya.

“Eh, takpelah! Korang cuba dulu. Pastu aku cubalah,” kataku sambil berpeluh – peluh kerana takut. Aku lihat semua rakanku menghisap benda yang sama.

Bukan sebatang sahaja mereka hisap. Mereka asyik dengan khayalan ganja itu. Mereka ambil lagi ganja itu. Makin lama mereka makin hilang akal. Muka mereka makin lama makin menakutkan seperti seekor beruk. Adakah aku sudah menjadi gila? Aku tidak mabuk. Adakah aku mabuk kerana asap – asap ganja ini?

“Tengok aku. Aku berasa seperti terbang. Hahaha..seronoknya benda ini,” kata Galvin yang sedang melompat - lompat di atas meja seperti seekor beruk.

“Panaslah pulak rumah aku ni. Baju aku tebal sangat ni.” Sesudah itu Glavin mula menaggalkan pakaiannya. Kemudian, rakan – rakanku yang lain juga melakukan perkara yang sama. Mereka semua melompat – lompat dengan gaya yang sama denga Galvin. Mereka hanyut dengan dunia khayalan yang diberi oleh ganja itu.

Aku terkejut, takut. Apakah yang rakanku tengah buat ni? Perangai mereka tidak ubah seperti seeokr beruk. Aku bangun dari sofa dan undur sedikit demi sedikit. Aku terlanggar satu meja kecil dan aku jatuh. Aku tidak percaya dengan pernangai kawan – kawanku ini. Tiba – tiba aku teringat pesan ibuku. Adakah ini yang Allah s.w.t. nak tunjuk padaku?

“Ya Allah,” terkeluar satu nama yang sudah lama aku tidak sebut. Aku sedar jika kita berperangai seperti haiwan, Allah akan merendah – rendahkan tahap kita lebih rendah daripada seekor haiwan. Inilah rupanya – rupanya apa yang Allah ingin aku lihat. Perangai manusia Jahiliyyah yang tidak mengenal dosa dan pahala.

“Razman. Kenapa dengan kamu. Kamu macam melihat hantu. Marilah sertai kami,” tangan Ravi melambai – lambai kepadaku. Suaranya berubah. Dalam sedikit daripada biasa.

Tubuhku terketar – ketar. Badanku berpeluh. Mataku terbeliak. Adakah begini perasaan Rasulallah s.a.w. apabila dia menerima wahyunya yang pertama. Aku masih ingat kisah Nabi Muhammad s.a.w. menerima wahyunya di Gua Hira’. Kisah ini sudah menjadi seperti cerita biasa bagi semua kanak – kanak zaman sekarang. Aku terus bangun dan berlari ke arah motorku. Aku langsung tidak toleh ke belakag. Kedengaran suara rakan – rakanku memanggil namaku.

“Razman. Razman. Marilah.”

“Aku tak mahu! Aku tak mahu! AKU TAK MAHU!” aku jerit sekuat hati dan lari sepantas yang mungkin ke motorku. Aku menyeluk poketku mencari kunci motorku. Terketar – ketar tanganku semasa hendak mencari kunci yang sesuai. Aku masukkan kunci motorku ke tempatnya. Aku cuba menghidupkan motorku. Tetapi motorku tidak mahu hidup. Pelik. Tangki masih penuh dan aku baru servis motor ini semlam. Biarlah dengan motorku. Aku meninggalkan motorku dan lari. Lari sejauh mungkin dari tempat itu. Masih kedengaran suara sahabat – sahabatku bergelak ketawa. Suara mereka berubah. Seperti suara sekumpulan monyet sedang berebut untuk satu pisang. Semakin aku jauh dari tempat itu, semakin hilang suara – suara menakutkan itu.

Aku berlari sepantas mungkin. Aku tidak tahu di mana aku hendak lari. Kemudian aku terfikir rumahku. Tempat perlindunganku semenjak aku kecil lagi. Aku masih ingat ketika aku dikejar seekor anjing, aku lari ke rumahku dan ibuku memelukku dan menghalau anjing itu. Aku berasa selamat di dakapan ibuku ketika itu. Ibuku memegangku seolah – olah di hendak melindungi ku dari segala ancaman di dunia ini. Rumahku sahaja aku mampu berlindung. Aku berlari ke arah rumah bangloku yang besar. Masih terbayang peristiwa tadi.

Siling di rumah masih aku pandang. Kisah tadi masih menghantui diriku. Aku tidak mahu firkirkan kisah tadi. Di celah – celah kesunyian, aku terdengar satu melodi yang sudah lama aku tidak sahut.

“Allahuakbar! Allahuakbar!” Kedengaran azan berkumandang di waktu subuh ini. Aku memeperlekehkan suara merdu awal – awal tadi. Aku akur dengan panggilan suara ini. Secepat mungkin, aku mandi untuk bersihkan diriku dari debu – debu dan peluh – peluhku yang kotor. Aku mengambil air sembahyang seolah – olah untuk menyucikan diriku dari dosa – dosaku yang lalu. Mukaku kerana apa yang aku lihat dan kata. Tanganku untuk apa yang aku telah sentuh. Telingaku untuk apa yang aku telah dengar, Kepala ku untuk mindaku yang tidak suci dari anasir – anasir jahat. Dan kakiku untuk setiap langkah yang aku ambil ke tempat – tempat lagha. Apabila diriku telah suci, aku mengambil tikar sembahyangku yang sudah lama aku tidak guna. Aku lemparkan tikar sembahyangku ke arah kaabah. Aku menunaikan solat dengan seperti aku rasa aku sedang dilihat. Aku berasa sungguh khusyu’ dan dekat dengan Allah. Sesudah solat aku menadahkan tanganku ke langit, air mataku berlinangan, aku mengucapkan lafaz syukurku kepada Ilahi kerana menunjukkan aku hidayat. Aku meminta ampun tehadap dosa – dosaku yang lalu. Aku sudah nampak apakah sebenarnya Islam. Islam ialah satu – satunya penenang hati. Islamlah pemberian yang paling bermakna buat manusia. Bukan semua yang di dunia ini: duit, hiburan, arak, wanita, semua untuk melencongkan kita ke perkara yang lebih penting yakni syurga.

Sesudah aku berdoa, aku bangun, aku lipat tikar sembahyangku elok – elok supaya aku dapat menggunakannya waktu zohor nanti. Aku membuka langkahku ke arah bilik ibu bapaku. Apabila aku tiba di pintu bilik ibu bapaku, aku menarik nafas panjang. Semua silap salah telah aku lakukan, semuanya aku teringat. Aku menaikkan suara ke arah ibu bapaku. Aku menengking bapaku apabila dia tidak mahu memberiku motorku. Aku menyesal. Aku menangis seketika. Aku membuka pintu bilik perlahan – lahan supaya aku tidak mengejutkan ibu bapaku. Tiba – tiba aku terdengar suara ibuku. Aku dekatakn telingaku supaya aku dengar lebih jelas.

“Ya Allah! Kau berilah hidayat kepada anakku, Razman. Tiap – tiap hari aku berdoa kepada – Mu. Dia sahajalah anakku yang aku paling sayang. Kau ampunkanlah dosanya. Kau sayangilah dia seperti kau menyayangi makhluk Mu yang lemah ini. Kau bukakanlah pintu hatinya untuk menerima Islam. Ya Allah! Kaulah sahaja yang mampu membuka hatinya kerana kaulah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.”

Aku terkejut. Adakah benar ibuku berdoa untukku tiap – tiap hari untukku? Kenapa aku buta selama ini. Aku membalas pengorbanan ibuku dengan tohmahan dan menderhakai amanahnya. Aku terus membuka pintu bilik. Aku melihat ibuku masih sedang duduk sambil memegang tali tasbih. Dia menoleh ke arahku. Aku melihat ibuku menangis. Air matanya masih tak kering dari pipinya. Aku lari ke arah ibuku dan mendakapnya.

“Razman mintak maaf ibu! Saya berdosa selama ini. Saya bersalah. Ampunkanlah saya ibu! Selama ini saya tidak dengar nasihat ibu!”rintihku di dakapan ibuku.

“Ibu dah lama maafkan Razman. Ibu amat berharap kamu menjadi sorang hamba Allah yang soleh. Itu sahaja yang ibu hendaki darimu. Bersyukur ke hadrat Ilahi kamu sudah menyesal.”

Ku lepaskan diriku dari dakapan ibuku. Aku menangis supaya dapat menggugurkan segala dosa – dosa terhadap ibu dan Tuhanku. Aku cium pipi dan tangan ibuku sebagai tanda meminta maaf dan kasih sayangku. Aku bersyukur mendapat seornag ibu yang penyayang. Ku renung dalam ke mata ibuku. Cuba menafsir segala isi hatinya terhadapku. Pada saat itu aku mahu berbakti kepada kedua ibu bapaku. Mereka sudah lama berkorban demi kebahagiaanku.

“Sudahlah tu Razman. Tidak payah nangis lagi. Apa yang lepas kita tinggalkan. Jalan baru Razman dah cuba turapkan. Ikutlah jalan itu,”sekali lagi ibuku berfalsafah.

“Razman mesti laparkan? Apa kata kamu pergi keluar ke kedai mamak dan beli roti canai untuk kita makan sarapan. Pegi mintak duit di ayah kamu.”

Aku akur dengan perintah ibuku. Aku rasa seperti orang baru. Terasa dalam diriku cahaya Ilahi yang menerangi jalanku. Aku pergi berjumpa ayahku yang berada di ruang tamu sedang membaca surat khabar. Dia masih lagi memakai pakaian seragamnya ke masjid:berkain pelikat dan berketayap. Aku terus ke ayahku dan cium tangan ayahku. Ayahku berasa hairan dengan perangai baruku.

“Apa kena dengan kamu ni, Razman? Tidak pernah kamu cium tangan ayah. Kamu nak apa pulak ni?”

“Razman hendak mintak maaf atas segala salah saya. Saya menyesal dengan salah saya. Ampunkanlah saya,” kataku dengan nada yang tersekat – sekat.

Air mata ayahku berlinangan dan terus memelukku. “Syukur kamu telah bertaubat. Ayah sudah lama ampunkan dosa kamu,” balas ayahku dengan nada yang sedih.

Kami berlepas dari dakapan sesama sendiri. Aku mengesat air mata dari mataku. Aku terus meminta duit dari ayahku untuk membeli roti canai di kedai mamak dan kunci kereta ayahku kerana motorku sudah rosak. Ayahku suruh aku mengambil duit dan kunci kereta di poket seluarnya tergantung di pintu biliknya.

Semasa aku mengambil duit dan kunci kereta di poket ayahku, aku melihat ibuku sedang melipat telekungnya. Dia melemparkan satu senyuman kepadaku. Sudah lama aku tidak lihat ibuku senyum. Aku bergegas ke kereta ayahku dan pergi ke kedai mamak berdekatan untuk menuruti kehendak ibuku.

Apabila aku tiba di kedai mamak, aku pesan lapan keping roti canai supaya kami sekeluarga dapat meraikan taubatku. Sepanjang penungguan aku, aku memikirkan apa yang aku hendak lakukan dengan hidupku. Aku berjanji hendak bertaubat, selalu mengunjungi masjid, menjadi seorang anak yang soleh dan berbakti kepada kedua ibu bapaku. Tiba – tiba telefon bimbitku berbunyi. Tertulis di telefonku bahawa ada orang dari rumahku sedang menelefonku. Belum sempat aku hendak mengangkatnya, telefon ku mati kerana kehabisan bateri. “Mungkin mak hendak roti canai lebih,”kataku sendiri. Agaknya lapan keping sudah cukup banyak. Keluarga kami tidaklah besar sangat. Hanya kami bertiga sahaja. Mamak roti canai memanggilku kerana roti canaiku sudah siap. Aku mengambil roti canai itu dri tanganyya dan membayarnya.

Sepanjang perjalanan pulang, aku masih memikirkan rancangan ku. Aku rasa aku akan belajar kuat – kuat untuk menjadi seorang yang berjaya. Lepas itu, bolehlah aku berbakti kepada ibu dan bapaku. Apabila aku tiba di perkarangan rumahku, aku melihat ramai orang di pagar rumahku, sebuah ambulans terletak dia pagar rumahku. Aku cemas. Apa yang telah berlaku?

Aku cepat – cepat mematikan enjin kereta dan berlari pantas ke arah pintu rumahku. Sepanjang aku berlari kesana, aku melihat semua orang memandangku. Mesti dalam fikiran mereka bahawa inilah anak derhaka. Tapi, aku akan mengubah semua itu. Aku sudah bertaubat. Apabila aku masuk ke rumahku, aku melihat bapaku sedang berdiri cemas. Menitis air matanya. Dia kelihatan cemas. Dia terus meluru ke arah aku.

“Kenapa kamu tidak jawab telefon kamu. Puas ayah telefon tadi.” Kata ayahku dengan nada yang tersekat – sekat.

“Telefon Razman habis.....”belum sempat aku hendak habiskan ayat itu, aku ternampak doa orang paramedik sedang bertungkus lumus. Aku berlari ke arah mereka. Terkejut aku bahawa mereka sedang mencuba menyelamatkan ibuku. Seorang sedang meletakkan tiub di mulut ibuku sementara seorang lagi sedang menekan dada ibuku berkali – kali. Ayahku berkata ibuku diserang sakit jantung semasa aku keluar tadi. Aku menangis. Aku berdoa kepada Allah s.w.t. untuk menyelamatkan ibuku, panjangkanlah umur ibuku.

“Ibu! Ibu!,”berkali – kali aku jerit. Entah ibuku dengarkah panggilanku. Kulit ibuku mula pucat. Masih tiada perubahan setelah dua minit paramedik itu cuba menyelamatkan ibuku. Mereka berputus asa dan berhenti. Aku terkejut. Kenapa mereka berhenti? Ibuku masih hidup lagi. Cubalah lagi! Aku menangis tersesak – esak. Aku terus mendakap ibuku dan memanggil – manggil ibuku dengan harapan ibuku akan menyahut kembali. Ayahku menarikku tetapi aku cuba menolak. Aku mahu bersama dengan ibuku. Aku masih belum membalas jasa ibuku. Ayahku terus memelukku. Kedengaran bapaku tersesak menangis.

“Razman. Ibu kau sudah tiada lagi. Terimalah! Sesungguhnya Allah lebih menyayanginya dahulu.”

Tidak! Ibuku masih hidup. Aku mahu melihat senyuman ibuku sekali lagi. Adakah aku sudah melihat senyuman ibuku yang kali terakhir tadi? Tidak! Aku terduduk dan menangis tidak berhenti – henti. Ibuku telah tiada lagi. Kenapa Allah mengambilnya dahulu. Aku belum kata kepadanya bahawa aku menyayanginya. Kemudian aku teringat pesan ibuku supaya ikutilah jalan Allah. Inilah kehendak – Nya. Aku mesti akur dengan perintah Allah s.w.t.

Aku memandang wajah ibuku buat kali terakhir semasa Tok Imam mengkafankan dia. Aku cium dahi dan pipi ibuku buat kali terakhir dan bisik di telinga ibuku bahawa aku menyayanginya. Air mataku membasahi pipinya. Mungkin tanggungjawab ibuku di dunia ini sudah selesai yakni mengembalikan aku ke jalan Allah s.w.t. Semasa orang ramai hendak menurunkun ibuku di liang lahad, aku mengucap kalimah terima kasih yang terakhir kepada ibuku.

“Terima kasih ibu. Kaulah pujaan hatiku. Akan ku ingat semua nasihatmu. Aku sudah menurap jalan baru dan aku mesti ikut jalan itu. Aku sayang mu wahai ibuku tersayang.”

2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

aamiin...

2:40 AM  
Anonymous Anonymous said...

aamiin...

2:40 AM  

Post a Comment

<< Home