Image hosted by Photobucket.com ................................................................................................................................. Surah Ar-Rad(Ayat 28):Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia

Tuesday, January 16, 2007

Teks Mufti Perak Menghadap Sultan Perak..

"Maksud Hadith rasulullah S.A.W. : "Mereka yang tidak memikirkan masalah ummatku BUKAN dari kalangan ummatku".

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Hari Isnin, saya ke Kuala Lumpur dan saya menemui enam peguam dan beberapa pemimpin NGO untuk mendengar taklimat mengenai keadaan agama Islam dan orang Islam di negara ini.
Taklimat berlangsung selama empat jam setengah. Pada pagi Selasa, saya telah dipanggil oleh Sultan Perak untuk menyembah taklimat. Kemudian menyembahkan taklimat yang hampir sama pula kepada Majlis Raja-Raja. Saya memberi taklimat mengenai bahaya yang sedang dihadapi oleh umat Islam pada ketika ini.


Bencana umat Islam

Waktu ini ada kes Lina Joy (Azlina binti Jelani) yang sedang menunggu keputusan. Lina Joy memeluk Kristian dan berkahwin dengan seorang India beragama Kristian. Dia pohon kepada Mahkamah supaya namanya ditukar kepada Lina Joy dan agama dipadamkan dari Mykad beliau tetapi Jabatan Pendaftaran Negara tidak dapat memadamkannya kerana tiada perintah dari Mahkamah Syariah.

Lantaran itu, beliau telah mencabar ke Mahkamah Persekutuan berasaskan Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menyebutkan bahawa tiap-tiap individu rakyat Malaysia berhak memilih agamanya sendiri (Every person has the right to profess and practice his religion).

Kes ini dibicara di hadapan tiga hakim di Mahkamah Agung iaitu Ketua Hakim Negara, seorang hakim bukan Melayu dan seorang hakim beragama Kristian. Jika dalam kes ini Lina Joy menang; maka agama Islam akan hancur. Ia membawa implikasi:

i) Kuasa Raja mengenai agama Islam akan hilang.
ii) Kuasa Mahkamah Syariah tidak boleh dipakai.
iii) Orang Islam tidak boleh memaksa anaknya sembahyang, tidak berhak lagi kutip zakat dan
tiap-tiap orang boleh mentafsir Islam ikut kehendaknya.

Itulah akibatnya.

Malangnya orang Islam nampaknya tidak prihatin sehingga dalam perbicaraan itu. Tidak ramai yang hadir untuk menyatakan sikap dan sokongan. Majlis Agama pun dilihat tidak menghantar orang Islam. Pemerhati dari Islam tiada. Ini berbeza dari kalangan bukan Islam. Hatta, peguam/pemerhati dari Kedutaan Kanada , Australia dan Amerika Syarikat pun sanggup datang. Bahkan, peguam-peguam pemerhati ini dibenarkan berhujah. Ini amat berbahaya. Ia belum pernah berlaku. Jadi Majlis Raja-Raja sedikit tersentak setelah saya melaporkan perkara ini.

Peguam Negara telah dipanggil oleh Majlis Raja-Raja dan Peguam Negara kata tidak boleh buat apa-apa. Tunggu keputusan saja. Inilah keadaan yang telah menjadi bagaikan telur di hujung tanduk.


Gerakan Kristian dan Hinduisme

Orang Melayu yang berjinak dengan Kristian biasa dilatih secara mendalam di Singapura. Identiti mereka ditukar. Sekarang, terdapat dua gereja orang Melayu di Kuala Lumpur. Di Brickfield, ada usaha memberi makan tengah hari percuma pada hari Jumaat kepada remaja Melayu yang lepak supaya mereka leka dan tidak pergi ke masjid. Terdapat ratusan pemuda-pemuda Melayu pergi ke gereja di Brickfield ini.

Saya telah memberitahu juga hampir 250,000 orang Islam yang murtad tapi saya dicabar oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Orang Islam yang memeluk agama Hindu sahaja sudah hampir 100,000 orang. (Sumber : jangkaan Persatuan India Muslim). Bahkan mengikut laporan pihak polis, belia-belia Islam yang menganggotai black metal, yang memaki Tuhan sudah ada 13,000 hingga 14,000. Orang yang ikut Ayah Pin yang mempercayai "Ayah Pin itu Tuhan" adalah 14,000 orang. Ini yang menjadikan saya lantang.

Majlis Raja-Raja Bangkitkan:
1) Apa peranan masjid.
2) Apa peranan imam-imam dan pengurusan masjid.
3) Kenapa tidak bendung sedangkan ada undang-undang.

Peguam Negara kata, berbezanya paderi dengan imam-imam kita ialah paderi-paderi menunggu kedatangan hadirin seperti menghormati tetamu di pintu gereja. Mereka memberi khutbah dengan terancang dan profesional sehingga orang boleh yakin dengan cakap-cakap mereka. Selesai majlis, mereka tunggu di pintu gereja dan mengucapkan selamat. Mereka suka bertanya khabar dan suka ambil tahu dan sering tawarkan pertolongan. Bezanya, khutbah kita
tidak menarik. Disampai secara tidak profesional.

Di Uzbakistan dan China , walaupun 70 tahun ditekan, mereka masih kuat. Dalam keadaan yang cukup kuat ditekan, mereka cuma utamakan penyebaran salam dan kuatkan silaturrahim di samping membaca ayat-ayat suci Al-Quran di dinding-dinding masjid. Imam masih boleh berbahasa Arab. Itu ketika Komunis berkuasa. Ini rahsia kekuatan mereka dapat bertahan.


Serangan aqidah di Malaysia

Sekarang di Malaysia kita diserang dalam bentuk yang dahsyat. Serangan pemikiran.
1) Golongan intelektual. Orang Kristian yang buat serangan. Walaupun mereka berjaya serang tetapi mereka tidak dapat tawan hati orang Islam. Untuk itu mereka cuba mempelajari Islam dengan untuk menyerang Islam. Mereka juga wujudkan fakulti-fakulti Islam di universiti
mereka.

2) Mereka juga melahirkan kekacauan kepercayaan lalu membawa pemikiran Islam liberal.
Mereka letak semua agama itu sama. Ia datang dari sumber yang sama iaitu Tuhan yang sama. Cuma masa wahyu turun, Islam diterjemah dalam mesej ketuhanan itu mengikut bahasa-bahasa berbeza sesuai dengan bangsa dan keturunan Nabi. Tegas mereka, kitab-kitab suci itu adalah terjemahan. Oleh itu ia boleh dipinda dan ditafsirkan semula. Dalam kurun ke 16, ia telah disaran oleh Yahudi dan diterima oleh para paderi Kristian. Ini yang menjadikan Kristian berpecah pada berpuluh-puluh mazhab. Dulu, cuma ada Kristian dari mazhab Roman Katholik. Masing-masing menuduh masing-masing mazhab kafir. Inilah pula yang dibawa ke dalam dunia Islam.

Islam liberal begini mulai masuk pula ke Indonesia . Mereka menguasai universiti dan media dengan dilindungi dan disokong dengan kuat oleh AS dengan berbilion-bilion USD. Ini menjadikan fakulti-fakulti pengajian Islam di universiti-universi ti di Indonesia sudah tidak ada lagi penuntut. Kini sudah ada fatwa di Indonesia bahawa perkahwinan lelaki sesama lelaki itu sah. Faraid dan hudud sudah tidak relevan dan harus dibuang. Ini pun hampir difatwakan akhir-akhir ini oleh Majlis Agama Indonesia .. Ia sedang berkembang kerana tulisan-tulisan ini dipelopori oleh intelektual.

Sekarang, di Malaysia pun sudah terbawa-bawa begitu. Tulisan-tulisan yang liberal seumpama ini biasanya ditulis oleh wartawan-wartawan dalam akhbar-akhbar berbahasa Inggeris. Dulu Astora Jabat saja yang tulis dalam akhbar Melayu. Kini, Astora guna majalah Al Islam pula sebagai platform dengan ditukar namanya kepada Hussin Ab. Rahman. Kasim Ahmad pun sekarang sudah diberi tempat semula untuk menulis dalam Al Islam.

Keputusan kes pakai serban Ini ada laporannya dalam semua akhbar. Bagaimana 3 murid Islam memakai serban di sekolah telah diberhentikan dan kes mereka pula kalah di mahkamah. Sedang penganut agama lain kenapa bebas memkai serban dan mengamal agama mereka ? Ini satu penghinaan yang sungguh dahsyat ke atas Nabi kita dan Islam pada amnya.

Allah jadikan sembahyang berjemaah lima waktu. Ini bertujuan untuk melahirkan ukhwah. Hikmahnya cukup besar. Seorang orientalis buat kajian kenapa ada rakaat-rakaat dalam
sembahyang. Orientalis yang akhirnya masuk Islam itu, sembahyang itu sebagai satu bentuk
caj. Pertemuan bahu dengan bahu, kaki dan kaki dia akan caj kuasa rohani. Untuk itu, kita perlu kuatkan diri. Orang Hindu sedang kuatkan diri mereka. Mereka giat buat tokong Hindu. Di Perak misalnya, ada 2,000 tokong Hindu sedangkan masjid cuma 560 buah sahaja. Dan agama Hindu ini semakin menampakkan keganasan. Terdapat ramai juga orang Melayu yang diHindukan. Kini, Filem-filem Bollywood juga di gunakan untuk mendakyahkan agama Hindu di seluruh dunia.

Harap kepada siapa?

Kita tidak boleh lagi harapkan pihak berkuasa Jakim, Jabatan Agama atau pihak kerajaan untuk melindungi kita. Allah tidak amanahkan Islam, al-Quran dan Sunnah ini kepada kerajaan tetapi Allah amanahkan kepada setiap individu muslim. Allah S.W.T berfirman:

"Kami wariskan al-Quran itu kepada hamba-hamba Kami yang terpilih iaitu yang beriman kepada Allah; (bukan kepada kerajaan)."

Peringatan-Peringatan Daripada Allah S.W.T.

Tsunami, gerak gempa bumi, ramai umat Islam yang mati. Ini peringatan. Kenapa di Acheh dan Bangladesh ? Bukan bermakna orang Acheh yang bermaksiat, tetapi mungkin maksiat
berlaku di tempat lain. Bagaimanapun, pada malam kejadian itu, ada permainan tari menari dan pesta minum arak di pantai yang berdekatan.

Demikian, sedikit ringkasan. Wallahu a'lam

Dato' Harussani Bin Zakaria

Mufti Diraja Negeri Perak

Sunday, January 07, 2007

Robert Fisk: A dictator created then destroyed by America

Published: 30 December 2006

Saddam to the gallows. It was an easy equation. Who could be more deserving of that last walk to the scaffold - that crack of the neck at the end of a rope - than the Beast of Baghdad, the Hitler of the Tigris, the man who murdered untold hundreds of thousands of innocent Iraqis while spraying chemical weapons over his enemies? Our masters will tell us in a few hours that it is a "great day" for Iraqis and will hope that the Muslim world will forget that his death sentence was signed - by the Iraqi "government" , but on behalf of the Americans - on the very eve of the Eid al-Adha, the Feast of the Sacrifice, the moment of greatest forgiveness in the Arab world.

But history will record that the Arabs and other Muslims and, indeed, many millions in the West, will ask another question this weekend, a question that will not be posed in other Western newspapers because it is not the narrative laid down for us by our presidents and prime ministers - what about the other guilty men?

No, Tony Blair is not Saddam. We don't gas our enemies. George W Bush is not Saddam. He didn't invade Iran or Kuwait. He only invaded Iraq. But hundreds of thousands of Iraqi civilians are dead - and thousands of Western troops are dead - because Messrs Bush and Blair and the Spanish Prime Minister and the Italian Prime Minister and the Australian Prime Minister went to war in 2003 on a potage of lies and mendacity and, given the weapons we used, with great brutality.

In the aftermath of the international crimes against humanity of 2001 we have tortured, we have murdered, we have brutalised and killed the innocent - we have even added our shame at Abu Ghraib to Saddam's shame at Abu Ghraib - and yet we are supposed to forget these terrible crimes as we applaud the swinging corpse of the dictator we created.

Who encouraged Saddam to invade Iran in 1980, which was the greatest war crime he has committed for it led to the deaths of a million and a half souls? And who sold him the components for the chemical weapons with which he drenched Iran and the Kurds? We did. No wonder the Americans, who controlled Saddam's weird trial, forbad any mention of this, his most obscene atrocity, in the charges against him. Could he not have been handed over to the Iranians for sentencing for this massive war crime? Of course not. Because that would also expose our culpability.

And the mass killings we perpetrated in 2003 with our depleted uranium shells and our "bunker buster" bombs and our phosphorous, the murderous post-invasion sieges of Fallujah and Najaf, the hell-disaster of anarchy we unleashed on the Iraqi population in the aftermath of our "victory" - our "mission accomplished" - who will be found guilty of this? Such expiation as we might expect will come, no doubt, in the self-serving memoirs of Blair and Bush, written in comfortable and wealthy retirement.

Hours before Saddam's death sentence, his family - his first wife, Sajida, and Saddam's daughter and their other relatives - had given up hope.

"Whatever could be done has been done - we can only wait for time to take its course," one of them said last night. But Saddam knew, and had already announced his own "martyrdom": he was still the president of Iraq and he would die for Iraq. All condemned men face a decision: to die with a last, grovelling plea for mercy or to die with whatever dignity they can wrap around themselves in their last hours on earth. His last trial appearance - that wan smile that spread over the mass-murderer' s face - showed us which path Saddam intended to walk to the noose.

I have catalogued his monstrous crimes over the years. I have talked to the Kurdish survivors of Halabja and the Shia who rose up against the dictator at our request in 1991 and who were betrayed by us - and whose comrades, in their tens of thousands, along with their wives, were hanged like thrushes by Saddam's executioners.

I have walked round the execution chamber of Abu Ghraib - only months, it later transpired, after we had been using the same prison for a few tortures and killings of our own - and I have watched Iraqis pull thousands of their dead relatives from the mass graves of Hilla. One of them has a newly-inserted artificial hip and a medical identification number on his arm. He had been taken directly from hospital to his place of execution. Like Donald Rumsfeld, I have even shaken the dictator's soft, damp hand. Yet the old war criminal finished his days in power writing romantic novels.

It was my colleague, Tom Friedman - now a messianic columnist for The New York Times - who perfectly caught Saddam's character just before the 2003 invasion: Saddam was, he wrote, "part Don Corleone, part Donald Duck". And, in this unique definition, Friedman caught the horror of all dictators; their sadistic attraction and the grotesque, unbelievable nature of their barbarity.

But that is not how the Arab world will see him. At first, those who suffered from Saddam's cruelty will welcome his execution. Hundreds wanted to pull the hangman's lever. So will many other Kurds and Shia outside Iraq welcome his end. But they - and millions of other Muslims - will remember how he was informed of his death sentence at the dawn of the Eid al-Adha feast, which recalls the would-be sacrifice by Abraham, of his son, a commemoration which even the ghastly Saddam cynically used to celebrate by releasing prisoners from his jails. "Handed over to the Iraqi authorities, " he may have been before his death. But his execution will go down - correctly - as an American affair and time will add its false but lasting gloss to all this - that the West destroyed an Arab leader who no longer obeyed his orders from Washington, that, for all his wrongdoing (and this will be the terrible get-out for Arab historians, this shaving away of his crimes) Saddam died a "martyr" to the will of the new "Crusaders".

When he was captured in November of 2003, the insurgency against American troops increased in ferocity. After his death, it will redouble in intensity again. Freed from the remotest possibility of Saddam's return by his execution, the West's enemies in Iraq have no reason to fear the return of his Baathist regime. Osama bin Laden will certainly rejoice, along with Bush and Blair. And there's a thought. So many crimes avenged.

But we will have got away with it.


Written by Robert Fisk on 30th December 2006

Wang...



Peguam: "Baiklah, awak inginkan perkhidmatan saya. Tapi adakan awak mempunyai wang yang mencukupi untuk membayar perkhidmatan saya?"

Pelanggan: "Tidak, saya tidak mempunyai wang sedikit pun. Saya sangat miskin, tapi saya mempunyai sebuah kereta BMW!"

Peguam: "Baiklah, awak boleh membayar saya dengan kereta awak. Sekarang, katakan apa tuduhan yang dikenakan terhadap awak?"

Pelanggan: "Mencuri BMW!"

I am Back

Salam...

Setelah sekian lama saya menyepi IA saya akan sambung blog saya..Doakan kejayaan saya..

Azlan Aziz

Sunday, January 08, 2006

Sejarah Islam...Adakah sekadar Bahan Baca sahaja????

Salam...

Sejarah Islam ialah satu sejarah yang harus diketahui oleh semua manusia yang menggelar dirinya Muslim.Kepada muslim yang tidak berminat dengan sejarah Islam adalah sama seperti orang yang tak kenal siapa dirinya sebenar.Empayar Islam pada satu masa dahulu ialah satu empayar yang amat disegani oleh seluruh dunia.Ia meliputi dari Utara afrika, ke seluruh tanah arab dan pernah juga merangkumi tanah sepanyol.

Apakah kepentingan sejarah islam terhadap kita.Saya telah membaca satu artikel dari buku Imam Hassan al-Banna.Dia ada kata Muslim harus belajar dari Al-Quran, Sunnah dan Sejarah islam sendiri.Ini kerana Al-Quran dan sunnah menggariskan cara hidup umat manusia dan harus dipatuhi.Sementara sejarah ialah supaya kita dapat mencontohi orang2 yang terdahulu yang mengikut al-quran dan sunnah.

Sejarah Islam juga menceritakan bagaimana muslim betul2 menonjolkan Islam yang sebenarnya seperti pada zaman Rasulallah s.a.w. dan pada zaman khulafa- ar-rasyidin.
Dan kita juga dapat lihat kebodohan Islam sendiri yang menyebabkan kejatuhan Islam itu sendiri.

Saya cadangkan agar semua pembaca membaca sejarah Islam.Saya cadangkan satu buku bertajuk "The HIstory Of Islam by:Akbar Shah Najeebabadi"Bagi saya inilah buku yang terbaik dalam sejarah Islam

Tuesday, November 29, 2005

Burdah(By Mesut Kurtis)

Salam....
Menarik lagu ni.Sedap didengar masa tengah depress atau tension.Enjoy..


Burdah



Chorus
Mawlaya salli wa sallim da-Iman abadan
‘Ala habibika khayril khalqi kullihimi
(Oh my Master, send Your salutations and blessings eternally
Upon Your Beloved – the best of creation) ( x 2 )

Muhammadun sayyidul kawnayni wath-thaqalain
(Muhammad is the leader [as the Final Prophet and the best of creation]
Of the two worlds, and of Man and Jinn) ( x 3 )

(Chorus)

Wal fareeqaini min ‘urbin wa min ‘ajami
(Leader also of the Arabs and the non-Arabs and their kin)

(Chorus)

Huwal habibul ladhi thurja shafa’athuhu
(Beloved by Allah is he, upon whose pleading we depend) ( x 3 )

Likulli hawlin minal ahwali muq-thahami
(From the terrors of the Day of Judgement, which on us descend)

(Chorus)

Thummar ridha ‘an Abi Bakrin wa ‘an ‘Umarin
(Then we ask You to be pleased with Abu Bakr and 'Umar ( x 3 )

Wa ‘an ‘Aliyyin wa ‘an ‘Uthmana dhil karami
(And ‘Ali and ‘Uthman – the generous one)

(Chorus)

Ya Rabbi bil Mustafa balligh maqasidana
(Oh Lord, with the Chosen One, grant us our goals) ( x 3 )

(Chorus)

Waghfir-lana ma mada, Ya wasi’al karami
(And forgive us for what has already passed,
Oh Most Munificent One)

(Chorus)

Wednesday, November 09, 2005

Diari Taubatku

Ini satu cerpen yang aku dapat dari sahabatku.Agak menarik.Bacalah dan nilai sendiri...

Aku merenung panjang ke arah siling rumahku. Hanya nafasku yang dalam dan bunyi penghawa dingin sahaja yang hanya berkumandang di udara. Masih segar lagi bau peluhku yang masam. Fikiranku masih kusut. Masih lagi memikirkan persitiwa yang menimpa diriku baru sahaja tadi.

Peristiwa bermula ketika aku hendak keluar ke parti kawanku pada pukul 7 malam tadi. Kawanku tak lama lagi akan berangkat ke Amerika dan ini mungkin kali terakhir aku akan berjumpa dengan dia. Perancangan kami ialah hanya akan memanggil semua rakan – rakan sekelas dan hanya berseronok. Semasa aku hendak keluar aku terdengar suara azan yang menandakan masuknya waktu maghrib. Perasaanku langsung tak berubah. Ia hanya dendangan biasa sahaja yang mengajak orang menunaikan solat. Apa sangatlah solat itu? Adakah ia akan menolongku untuk mencapai keseronokan di dunia? Sebut sahaja nama Razman di sekolahku. Nescaya semua gadis – gadis muda ingin bersamaku, laki – laki muda ingin menjadi kawanku. Siapa yang tak mahu bersama dengan seorang anak datuk? Tinggal di sebuah rumah banglo yang besar, kereta mewah dengan seorang pemandu, orang gaji dua orang, segala apa yang aku hendak aku dapat. Aaahh....biarlah dengan agama. Apa yang aku hendak semua aku telah perolehi.

Semasa azan masih berkumandang, terdengar satu suara yang sudah lama aku kenal, “Nak pegi mana tu Man? Dah solat ke Man? Tak dengar ke azan tu?” suara ibuku. Seorang yang sangat alim. Tidak berhenti – henti bersembahyang, membaca al-Quran, berdoa ke Allah s.w.t. “Buat apalah beribadat banyak – banyak. Sikit-sikit sudahlah. Kitakan dah kaya? Nak mintak apa lagi?” kata suara hatiku yang angkuh.

“Saya nak pegi rumah Galvin. Nanti saya solatlah kat situ. Kita boleh solat kat mana-mana punkan ?” kataku dengan memberi satu senyuman yang sinis.

“Ish, Man ni!Bukannya lama sangat pun nak solat. Lima minit sahaja.”

“Nantilah mak! Rumah Galvin tu besar. Nanti saya solatlah di situ. Saya dah lambat ni. Mak ni lecehlah.

Man. Jangan degil sangat. Ingat pesan ibu ni. Kalu Allah s.w.t. nak tunjuk kita sesuatu, dia akan tunjuk kita cara yang kita tak sangka-sangka.”

“Yalah! Ibu ni berfalsafah pulak.” Tanpa mebuang masa saya terus hidupkan motor saya dan terus beredar dari situ. Tak mahulah saya bertekak dengan ibu saya. Bukannya dapat memberi saya seronok di dunia. Solat, tuhan, agama. Ini hanya layak dibincangkan di masjid dan sekolah. Agama bagiku hanyalah salah satu kertas SPM ku yang paling senang untuk mendapat A.

Apa yang ibu aku kata tadi terngiang-ngiang di kepala ku. “Kalau Allah s.w.t. nak tunjuk kita sesuatu, dia akan tunjuk dengan cara yang kita tak sangka-sangka.” Apa maksudnya? Adakah Tuhan telah menunjukku sesuatu sepanjang aku hidup? Terbayang segala kronologi hidupku. Terbayang segala gadis-gadis muda yang aku telah nodai dan sakiti. Teringat segala jenama arak yang telah aku minum. Terngiang-ngiang lagu kelab malam yang telah aku dengari. Apa yang Tuhan hendak tunjuk kepadaku? Segala keseronokan telah dibekalkan di dunia ini oleh manusia. Television, radio, artis-artis yang mengiurkan, arak yang memabukkan dan macam-macam lagi. Bukankah ini semua untuk kita? Mesti Tuhan bekalkan segala keseronokan ini untuk kita gunakan. Hahaha..janji aku puas. Puas di banjiri dengan khayalan-khayalan dunia. Adakah ini yang ibu aku cuba katakana? Aarrgghh…tak payah aku fikir lagi. Tiada guna aku fikir falsafah ibuku yang sia – sia. Biarlah dia dengan falsafahnya dan aku dengan falsafah aku sendiri yakni “Puas sehingga mati.”

Akhirnya aku tiba di rumah Galvin. Sebuah rumah banglo yang lebih kurang besar dengan rumahku. Pagarnya terbuka luas dan pengunjung tidak berhenti masuk. Aku mengunci motorku dan bergegas ke perkarangan rumah Galvin. Muzik – muzik yang mengasyikkan berkumandang di ruang udara. Botol – botol arak bersepah di atas meja. Manusia – manusia jantan dan betina memenuhi segala ruang rumah Galvin. Ada yang menari, bergelak – ketawa, bersentuh – sentuhan, minum arak. Beragama Islam, Kristian, India semua sama sahaja. Semua sudah hanyut dengan ilusi – ilusi dunia yang menyegarkan nafsu. Aku tidak mahu terlepas daripada keseronokan ini.

Di celah – celah manusia ini, aku terlihat Galvin sedang berborak dengan dua orang gadis muda yang aku rasa belajar sama dalam sekolahku. Aku melangkah ‘macho’ ke arah mereka. Sesudah ku sampai, aku melemparkan satu senyuman yang sinis.

“Wei, Razman! Apa khabar? Dah lama sampai?” kata Galvin.

“Baru je. Fulamak! Bukan main hebat parti ko ni. Baru je parti perpisahan kamu ke Amerika. Belum lagi parti bila kamu balik dari Amerika.”

“Hahaha! Ada – ada sahaja kamu ni. Mana boleh parti kecil – kecil. Kalu buat kecil – kecil malulah aku.”

“Hahaha! Bijak kamu ni. Kalu buat kecil – kecil tak bestlah plak. Kalu tak best, buat apalah aku dating. Baik aku pergi kelab malam. Kamu buat parti besar – besar ni, mak bapak kamu tak marah ke?”

“Kalau diorang takde di sini, tak marahlah. Diorang sekarang di Amerika. Tengah uruskan tempat tinggal aku dan yuran universiti aku di sana. Sambil – sambil tu bercutilah agaknya.”

“Ok. Bijak – bijak. Tak sia – sia mak bapak kamu hantar kamu pegi Amerika.” Kataku dengan nada yang nyaring. Mataku meleret ke arah seorang gadis muda Cina yang duduk di hadapan Galvin. Dia membalas senyumanku dengan satu pandangan yang malu. Terbayang semua tubuh – tubuh gadis muda telah aku terokai. Inilah santapan untuk lelaki yang dibekalkan untuk manusia. Belum sempat aku hendak menegurnya, tiba – tiba aku ditepuk dari belakang.

“Dei, macha! Apa yang lu tengoklah wei!” tegur seorang sahabatku yang berbangsa India. Kulitnya tidaklah gelap sangat manakala badannya gagah membuat aku rasa cemburu dengan badannya yang tegap dan mantap. Namanya Ravi. Seorang sahabatku semenjak kecil lagi. Saya, Galvin dan Ravi memang seperti ‘Three Stooges’. Segala – galanya kita lakukan bersama. Minum arak, berdisko, berseronok malah kongsi gadis yang sama.

“Aduh! Bukan main kuat kau pukul! Pelan – pelan sudahlah. Tercabut biji mata aku.” Kataku sambil mengusap – usap badanku.

“Haha! Sorilah beb! Wei! Aku ada barang baik punya. Malam sikit, bila semua orang balik. Kita dan beberapa orang lagi boleh cuba barang ini,” kata Ravi yang senyum menunjukkan giginya yang putih. Barang ini baru sahaja kami hendak cuba. Ravi kenal seorang penjual ganja di tengah Bandar. Kami bercadang hendak menghisap ganja malam ini dengan beberapa lelaki yang lain.

Sudah puas kami berseronok, jam sudah menunjukkan pukul 4 pagi. Rumah Galvin makin lama makin kosong. Yang tinggal hanyalah aku, Galvin, Ravi dan 10 orang rakan sekelasku yang lain. Kami semua duduk di ruang tamu. Aku duduk lega setelah puas menari dan berseronok sepanjang malam. Agaknya aku penat melayan ramai gadis – gadis muda tadi. Entah kenapa aku langsung tidak minum sehirup arak hari ini. Aku melihat sekeliling. Semua rakanku kelihatan penat. Saya sedar muka mereka nampak suram, gelap seolah – olah tiada cahaya di muka mereka. Mata mereka semuanya merah seperti biji saga. Aku berasa takut sebentar. Tetapi anak seorang Datuk tidak takut kepada apa – apa. Siapa berani apa – apakan aku? Ayah aku seorang peguam yang hebat. Siapa yang mengapa – apakan aku, ayah aku akan mengheretnya ke mahkamah.

Ravi muncul dari ruang dapur sambil membawa satu bag yang penuh dengan sesuatu yang berwarna hijau. Dia duduk di atas sofa sambil memperkenalkan mainan barunya. Mereka semua rasa berkobar – kobar ingin merasa mainan baru Ravi. Tetapi, aku tidak berasa apa – apa. Ravi mengeluarkan ganja itu dan menggulung ganja itu dengan daun. Setelah itu, semua orang mencapai ganja itu dan meniru apa yang Ravi buat kecuali saya. Aku rasa seperti tanganku dibeku daripada sentuh ganja itu.

“Dei, Macha! Kenapa? Tak mahu cuba ke? Cubalah. Ini barang bagus punya,” kata Ravi sambil menghisap ganja itu. Aku melihat seperti ada satu kelainan dalam rupanya. Mukanya seolah – olah berubah menjadi seekor makhluk yang amat gelap kulitnya.

“Eh, takpelah! Korang cuba dulu. Pastu aku cubalah,” kataku sambil berpeluh – peluh kerana takut. Aku lihat semua rakanku menghisap benda yang sama.

Bukan sebatang sahaja mereka hisap. Mereka asyik dengan khayalan ganja itu. Mereka ambil lagi ganja itu. Makin lama mereka makin hilang akal. Muka mereka makin lama makin menakutkan seperti seekor beruk. Adakah aku sudah menjadi gila? Aku tidak mabuk. Adakah aku mabuk kerana asap – asap ganja ini?

“Tengok aku. Aku berasa seperti terbang. Hahaha..seronoknya benda ini,” kata Galvin yang sedang melompat - lompat di atas meja seperti seekor beruk.

“Panaslah pulak rumah aku ni. Baju aku tebal sangat ni.” Sesudah itu Glavin mula menaggalkan pakaiannya. Kemudian, rakan – rakanku yang lain juga melakukan perkara yang sama. Mereka semua melompat – lompat dengan gaya yang sama denga Galvin. Mereka hanyut dengan dunia khayalan yang diberi oleh ganja itu.

Aku terkejut, takut. Apakah yang rakanku tengah buat ni? Perangai mereka tidak ubah seperti seeokr beruk. Aku bangun dari sofa dan undur sedikit demi sedikit. Aku terlanggar satu meja kecil dan aku jatuh. Aku tidak percaya dengan pernangai kawan – kawanku ini. Tiba – tiba aku teringat pesan ibuku. Adakah ini yang Allah s.w.t. nak tunjuk padaku?

“Ya Allah,” terkeluar satu nama yang sudah lama aku tidak sebut. Aku sedar jika kita berperangai seperti haiwan, Allah akan merendah – rendahkan tahap kita lebih rendah daripada seekor haiwan. Inilah rupanya – rupanya apa yang Allah ingin aku lihat. Perangai manusia Jahiliyyah yang tidak mengenal dosa dan pahala.

“Razman. Kenapa dengan kamu. Kamu macam melihat hantu. Marilah sertai kami,” tangan Ravi melambai – lambai kepadaku. Suaranya berubah. Dalam sedikit daripada biasa.

Tubuhku terketar – ketar. Badanku berpeluh. Mataku terbeliak. Adakah begini perasaan Rasulallah s.a.w. apabila dia menerima wahyunya yang pertama. Aku masih ingat kisah Nabi Muhammad s.a.w. menerima wahyunya di Gua Hira’. Kisah ini sudah menjadi seperti cerita biasa bagi semua kanak – kanak zaman sekarang. Aku terus bangun dan berlari ke arah motorku. Aku langsung tidak toleh ke belakag. Kedengaran suara rakan – rakanku memanggil namaku.

“Razman. Razman. Marilah.”

“Aku tak mahu! Aku tak mahu! AKU TAK MAHU!” aku jerit sekuat hati dan lari sepantas yang mungkin ke motorku. Aku menyeluk poketku mencari kunci motorku. Terketar – ketar tanganku semasa hendak mencari kunci yang sesuai. Aku masukkan kunci motorku ke tempatnya. Aku cuba menghidupkan motorku. Tetapi motorku tidak mahu hidup. Pelik. Tangki masih penuh dan aku baru servis motor ini semlam. Biarlah dengan motorku. Aku meninggalkan motorku dan lari. Lari sejauh mungkin dari tempat itu. Masih kedengaran suara sahabat – sahabatku bergelak ketawa. Suara mereka berubah. Seperti suara sekumpulan monyet sedang berebut untuk satu pisang. Semakin aku jauh dari tempat itu, semakin hilang suara – suara menakutkan itu.

Aku berlari sepantas mungkin. Aku tidak tahu di mana aku hendak lari. Kemudian aku terfikir rumahku. Tempat perlindunganku semenjak aku kecil lagi. Aku masih ingat ketika aku dikejar seekor anjing, aku lari ke rumahku dan ibuku memelukku dan menghalau anjing itu. Aku berasa selamat di dakapan ibuku ketika itu. Ibuku memegangku seolah – olah di hendak melindungi ku dari segala ancaman di dunia ini. Rumahku sahaja aku mampu berlindung. Aku berlari ke arah rumah bangloku yang besar. Masih terbayang peristiwa tadi.

Siling di rumah masih aku pandang. Kisah tadi masih menghantui diriku. Aku tidak mahu firkirkan kisah tadi. Di celah – celah kesunyian, aku terdengar satu melodi yang sudah lama aku tidak sahut.

“Allahuakbar! Allahuakbar!” Kedengaran azan berkumandang di waktu subuh ini. Aku memeperlekehkan suara merdu awal – awal tadi. Aku akur dengan panggilan suara ini. Secepat mungkin, aku mandi untuk bersihkan diriku dari debu – debu dan peluh – peluhku yang kotor. Aku mengambil air sembahyang seolah – olah untuk menyucikan diriku dari dosa – dosaku yang lalu. Mukaku kerana apa yang aku lihat dan kata. Tanganku untuk apa yang aku telah sentuh. Telingaku untuk apa yang aku telah dengar, Kepala ku untuk mindaku yang tidak suci dari anasir – anasir jahat. Dan kakiku untuk setiap langkah yang aku ambil ke tempat – tempat lagha. Apabila diriku telah suci, aku mengambil tikar sembahyangku yang sudah lama aku tidak guna. Aku lemparkan tikar sembahyangku ke arah kaabah. Aku menunaikan solat dengan seperti aku rasa aku sedang dilihat. Aku berasa sungguh khusyu’ dan dekat dengan Allah. Sesudah solat aku menadahkan tanganku ke langit, air mataku berlinangan, aku mengucapkan lafaz syukurku kepada Ilahi kerana menunjukkan aku hidayat. Aku meminta ampun tehadap dosa – dosaku yang lalu. Aku sudah nampak apakah sebenarnya Islam. Islam ialah satu – satunya penenang hati. Islamlah pemberian yang paling bermakna buat manusia. Bukan semua yang di dunia ini: duit, hiburan, arak, wanita, semua untuk melencongkan kita ke perkara yang lebih penting yakni syurga.

Sesudah aku berdoa, aku bangun, aku lipat tikar sembahyangku elok – elok supaya aku dapat menggunakannya waktu zohor nanti. Aku membuka langkahku ke arah bilik ibu bapaku. Apabila aku tiba di pintu bilik ibu bapaku, aku menarik nafas panjang. Semua silap salah telah aku lakukan, semuanya aku teringat. Aku menaikkan suara ke arah ibu bapaku. Aku menengking bapaku apabila dia tidak mahu memberiku motorku. Aku menyesal. Aku menangis seketika. Aku membuka pintu bilik perlahan – lahan supaya aku tidak mengejutkan ibu bapaku. Tiba – tiba aku terdengar suara ibuku. Aku dekatakn telingaku supaya aku dengar lebih jelas.

“Ya Allah! Kau berilah hidayat kepada anakku, Razman. Tiap – tiap hari aku berdoa kepada – Mu. Dia sahajalah anakku yang aku paling sayang. Kau ampunkanlah dosanya. Kau sayangilah dia seperti kau menyayangi makhluk Mu yang lemah ini. Kau bukakanlah pintu hatinya untuk menerima Islam. Ya Allah! Kaulah sahaja yang mampu membuka hatinya kerana kaulah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.”

Aku terkejut. Adakah benar ibuku berdoa untukku tiap – tiap hari untukku? Kenapa aku buta selama ini. Aku membalas pengorbanan ibuku dengan tohmahan dan menderhakai amanahnya. Aku terus membuka pintu bilik. Aku melihat ibuku masih sedang duduk sambil memegang tali tasbih. Dia menoleh ke arahku. Aku melihat ibuku menangis. Air matanya masih tak kering dari pipinya. Aku lari ke arah ibuku dan mendakapnya.

“Razman mintak maaf ibu! Saya berdosa selama ini. Saya bersalah. Ampunkanlah saya ibu! Selama ini saya tidak dengar nasihat ibu!”rintihku di dakapan ibuku.

“Ibu dah lama maafkan Razman. Ibu amat berharap kamu menjadi sorang hamba Allah yang soleh. Itu sahaja yang ibu hendaki darimu. Bersyukur ke hadrat Ilahi kamu sudah menyesal.”

Ku lepaskan diriku dari dakapan ibuku. Aku menangis supaya dapat menggugurkan segala dosa – dosa terhadap ibu dan Tuhanku. Aku cium pipi dan tangan ibuku sebagai tanda meminta maaf dan kasih sayangku. Aku bersyukur mendapat seornag ibu yang penyayang. Ku renung dalam ke mata ibuku. Cuba menafsir segala isi hatinya terhadapku. Pada saat itu aku mahu berbakti kepada kedua ibu bapaku. Mereka sudah lama berkorban demi kebahagiaanku.

“Sudahlah tu Razman. Tidak payah nangis lagi. Apa yang lepas kita tinggalkan. Jalan baru Razman dah cuba turapkan. Ikutlah jalan itu,”sekali lagi ibuku berfalsafah.

“Razman mesti laparkan? Apa kata kamu pergi keluar ke kedai mamak dan beli roti canai untuk kita makan sarapan. Pegi mintak duit di ayah kamu.”

Aku akur dengan perintah ibuku. Aku rasa seperti orang baru. Terasa dalam diriku cahaya Ilahi yang menerangi jalanku. Aku pergi berjumpa ayahku yang berada di ruang tamu sedang membaca surat khabar. Dia masih lagi memakai pakaian seragamnya ke masjid:berkain pelikat dan berketayap. Aku terus ke ayahku dan cium tangan ayahku. Ayahku berasa hairan dengan perangai baruku.

“Apa kena dengan kamu ni, Razman? Tidak pernah kamu cium tangan ayah. Kamu nak apa pulak ni?”

“Razman hendak mintak maaf atas segala salah saya. Saya menyesal dengan salah saya. Ampunkanlah saya,” kataku dengan nada yang tersekat – sekat.

Air mata ayahku berlinangan dan terus memelukku. “Syukur kamu telah bertaubat. Ayah sudah lama ampunkan dosa kamu,” balas ayahku dengan nada yang sedih.

Kami berlepas dari dakapan sesama sendiri. Aku mengesat air mata dari mataku. Aku terus meminta duit dari ayahku untuk membeli roti canai di kedai mamak dan kunci kereta ayahku kerana motorku sudah rosak. Ayahku suruh aku mengambil duit dan kunci kereta di poket seluarnya tergantung di pintu biliknya.

Semasa aku mengambil duit dan kunci kereta di poket ayahku, aku melihat ibuku sedang melipat telekungnya. Dia melemparkan satu senyuman kepadaku. Sudah lama aku tidak lihat ibuku senyum. Aku bergegas ke kereta ayahku dan pergi ke kedai mamak berdekatan untuk menuruti kehendak ibuku.

Apabila aku tiba di kedai mamak, aku pesan lapan keping roti canai supaya kami sekeluarga dapat meraikan taubatku. Sepanjang penungguan aku, aku memikirkan apa yang aku hendak lakukan dengan hidupku. Aku berjanji hendak bertaubat, selalu mengunjungi masjid, menjadi seorang anak yang soleh dan berbakti kepada kedua ibu bapaku. Tiba – tiba telefon bimbitku berbunyi. Tertulis di telefonku bahawa ada orang dari rumahku sedang menelefonku. Belum sempat aku hendak mengangkatnya, telefon ku mati kerana kehabisan bateri. “Mungkin mak hendak roti canai lebih,”kataku sendiri. Agaknya lapan keping sudah cukup banyak. Keluarga kami tidaklah besar sangat. Hanya kami bertiga sahaja. Mamak roti canai memanggilku kerana roti canaiku sudah siap. Aku mengambil roti canai itu dri tanganyya dan membayarnya.

Sepanjang perjalanan pulang, aku masih memikirkan rancangan ku. Aku rasa aku akan belajar kuat – kuat untuk menjadi seorang yang berjaya. Lepas itu, bolehlah aku berbakti kepada ibu dan bapaku. Apabila aku tiba di perkarangan rumahku, aku melihat ramai orang di pagar rumahku, sebuah ambulans terletak dia pagar rumahku. Aku cemas. Apa yang telah berlaku?

Aku cepat – cepat mematikan enjin kereta dan berlari pantas ke arah pintu rumahku. Sepanjang aku berlari kesana, aku melihat semua orang memandangku. Mesti dalam fikiran mereka bahawa inilah anak derhaka. Tapi, aku akan mengubah semua itu. Aku sudah bertaubat. Apabila aku masuk ke rumahku, aku melihat bapaku sedang berdiri cemas. Menitis air matanya. Dia kelihatan cemas. Dia terus meluru ke arah aku.

“Kenapa kamu tidak jawab telefon kamu. Puas ayah telefon tadi.” Kata ayahku dengan nada yang tersekat – sekat.

“Telefon Razman habis.....”belum sempat aku hendak habiskan ayat itu, aku ternampak doa orang paramedik sedang bertungkus lumus. Aku berlari ke arah mereka. Terkejut aku bahawa mereka sedang mencuba menyelamatkan ibuku. Seorang sedang meletakkan tiub di mulut ibuku sementara seorang lagi sedang menekan dada ibuku berkali – kali. Ayahku berkata ibuku diserang sakit jantung semasa aku keluar tadi. Aku menangis. Aku berdoa kepada Allah s.w.t. untuk menyelamatkan ibuku, panjangkanlah umur ibuku.

“Ibu! Ibu!,”berkali – kali aku jerit. Entah ibuku dengarkah panggilanku. Kulit ibuku mula pucat. Masih tiada perubahan setelah dua minit paramedik itu cuba menyelamatkan ibuku. Mereka berputus asa dan berhenti. Aku terkejut. Kenapa mereka berhenti? Ibuku masih hidup lagi. Cubalah lagi! Aku menangis tersesak – esak. Aku terus mendakap ibuku dan memanggil – manggil ibuku dengan harapan ibuku akan menyahut kembali. Ayahku menarikku tetapi aku cuba menolak. Aku mahu bersama dengan ibuku. Aku masih belum membalas jasa ibuku. Ayahku terus memelukku. Kedengaran bapaku tersesak menangis.

“Razman. Ibu kau sudah tiada lagi. Terimalah! Sesungguhnya Allah lebih menyayanginya dahulu.”

Tidak! Ibuku masih hidup. Aku mahu melihat senyuman ibuku sekali lagi. Adakah aku sudah melihat senyuman ibuku yang kali terakhir tadi? Tidak! Aku terduduk dan menangis tidak berhenti – henti. Ibuku telah tiada lagi. Kenapa Allah mengambilnya dahulu. Aku belum kata kepadanya bahawa aku menyayanginya. Kemudian aku teringat pesan ibuku supaya ikutilah jalan Allah. Inilah kehendak – Nya. Aku mesti akur dengan perintah Allah s.w.t.

Aku memandang wajah ibuku buat kali terakhir semasa Tok Imam mengkafankan dia. Aku cium dahi dan pipi ibuku buat kali terakhir dan bisik di telinga ibuku bahawa aku menyayanginya. Air mataku membasahi pipinya. Mungkin tanggungjawab ibuku di dunia ini sudah selesai yakni mengembalikan aku ke jalan Allah s.w.t. Semasa orang ramai hendak menurunkun ibuku di liang lahad, aku mengucap kalimah terima kasih yang terakhir kepada ibuku.

“Terima kasih ibu. Kaulah pujaan hatiku. Akan ku ingat semua nasihatmu. Aku sudah menurap jalan baru dan aku mesti ikut jalan itu. Aku sayang mu wahai ibuku tersayang.”

Tuesday, November 08, 2005

Pelik tapi Memang terjadi

Salam dan pekabar semua...

Mungkin ramai yang tak pernah terpikir but ini memang terjadi di antara kita semua.

1.Saya sekarang belajar di luar negara yakni Ireland.Di sini memang terkenal dengan aktiviti yang lagha seperti minum arak, berparti dan macam - macam lagi.Di sini sukar hendak saya melakukan solat, berwuduk, makan makanan halal(banyak je restoran halal di Dublin) dan banyak melakukan amalan Islam. Tapi, yang peliknya saya lebih mengenal Islam di sini berbanding di tanah airku. Di sini, ramai orang ajak aku berusrah, melakukan aktiviti agama dan banyak lagi. Tapi, tatkala aku di Malaysia kenapa ramai orang yang dikatakan Islam tidak mengajak aku berusrah, membuat aktiviti Islam dan macam2 lagi. Adakah silap sistem kita sendiri di Malaysia?Ataupun mungkin kita ingat Keislaman di negara kita sendiri sudah cukup? Ataupun mungkin apabila aku di negara Barat, aku seolah2 pulang semula ke zaman Rasulallah. Di zaman itu melakukan amalan Islam amatlah payah.Mereka di zaman itu mengharungi onak dan duri semata2 kalimah "Lailahaillallah." Iman mereka bertambah walaupun ditikam dengan ombak, decampak dalam air panas, dijemur di tengah padang pasir dan macam2 lagi seksaan.Tetapi di Malaysia tiada lagi penindasan.Amalan Islam mudah dilakukan...masalahnya betulkah penyataan ini?Adakah mudah kita hendak melakukan amalan Islam di Malaysia? Apabila saya mengenang nasib di Malaysia, semakin lama semakin Islam di Malaysia sudah ditarik balik.Kita semakin lupa.Orang Islam sendiri yang menentang sistem Islam.Penduduk Islam di Malaysia lebih suka kepada hiburan daripada Islam. Mereka menentang para ulama apabila mereka membuat fatwa adalah haram menghadiri konsert, mereka tak berpuas hati apabila zikir terlampau lama sehingga menganggu konsert mereka,mereka menengking apabila Islam menghalang daripada lelaki dan perempuan bercampur tanpa sebab yang munasabah.Nauzubillah!Pelik sungguh!Bukankah Islam itu penyelamat umat.
Saya rasa ini mungkin balasan kita kepada Allah s.w.t. Mungkin apabila sukar untuk kita melakukan Islam di Malaysia, kita akan kembali kepada zaman susah di Zaman Rasulallah dan para sahabat. Siapa yang masih ingat kisah Mus'ab bin Umair.Dia dibesarkan dalam keluarga yang kaya tapi dia sanggup meninggalkan kekayaan di dunia kerana Islam.Apabila dia diusir dari keluarganya, semua sahabat tunduk dan sedih melihat dia dalam keadaan yang amat daif.Walaupun dia kelihatan amat daif, kematiannya di perang Uhud diangkat sebagai salah satu syahid yang paling mulia.

2.Orang yang berbuat baik berasa malu.Hmm...pelik bukan!Saya masih ingat di bangku sekolah, apabila seseorang buat jahat seperti kacau perempuan lain, ponteng sekolah, mereka diangkat sebagai seorang yang mulia.Tapi, bagi mereka yang pergi ke masjid, rajin membaca Al-Quran dianggap sebagai seorang yang tak tahu berseronok.Mereka dikutuk dan dihina. Malah ada yang tidak mengaku apabila melakukan perkara baik.Kononnya hendak menjaga polulariti. Pelik kan!Sekali lagi saya tekankan bukankah Islam itu penyelamat umat manusia daripada api neraka!
"Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya dan dia pada hari akhirat kelak dari orang2 yang rugi"(Surah Al-Imran:85)

Thursday, September 29, 2005

Salam Semua!!

Assalamualaikum pembaca blog saya.

Maaf kerana sudah sekian lama saya tidak berkarya dalam blog saya. Saya sibuk dengan hal duniawi seperti exam saya. Alhamdulillah semua sudah lepas. Nasib baik saya diperingatkan oleh seseorang yang saya sudah sekina lama tidak menulis dalam blog saya. Tak sangka rupa2nya ada juga insan di muka bumi ini yang mahu membaca blog saya.

Tidak ku sangka yang saya lebih mementingkan dunia lagi daripada akhirat. Alangkah bodohnya saya.Saya lebih pentingkan exam daripada kerja2 ibadat, kerja2 dakwah yang menjamin tempat saya di syurga kelak.Tapi saya lebih risau kan masa depan saya sebagai seorang doktor kelak.

Saya studi macam nak gila tapi lupakan tanggungjawab saya sebagai orang Muslim.Tapi siapakah muslim yang sebenarnya. Maududi mengatakan islam itu terletak pada pengetahuan dan penghayatannya. Islam bukanlah hanya kepada mengamalkan kesemua Rukun Islam tapi lebig daripada itu. Walupun luarannya seorang ynag berjubah, berjanggut, mengamalkan semayang, kulitnya selalu dibasahi wudu' tapi hatinya tidak tahu menghayati Islam, adakah dia ini seorang Muslim?Hati seorang umat Islam itu mesti bersih dari tiga perkara ynag merosakkan kita yakni:-

1.Daripada hawa nafsu kita sendiri.
2.Daripada ajaran nenek moyang kita yang salah dari sisi agama.
3.Daripada manusia yang lain.Senang cerita penghambaan kepada umat manusia yang lain.

Jika kita bebas daripada tiga perkara ini dan meletakkan segala2nya kepada Allah s.w.t. I'allah kita akan berjaya kelak.

Sepanjang usaha saya untuk lulus dlam perperiksaan, saya dikejutkan oleh satu peristiwa yang membuka mata saya. Saya studi macam nak gila.Pecah kepala saya dibuatnya. Semua nama ubat saya tahu, side effectnya dan mcm2 lagi. Tetapi apabila saya berhadapan dengan examiner, saya blank, saya terlupa semua yang saya telah baca.Lidah saya kelu, saya gugup dan akibatnya saya gagal exam tersebut. Saya tanya kepada diri saya sendiri adakah Allah tidak mahu saya berjaya?Mengapa orang lain yang bukan Muslim berjaya?

Setelah lama saya berfikir dan berdoa kepada Allah s.w.t. akhirnya beberapa persoalan timbul kepada saya....Adakah saya bersedia unttuk menerima kejayaan tersebut?Adakah saya layak menerima kejayaan tersebut?Adakah lulus dalam peperiksaan tersebut bermakna saya berjaya?

Kita kena muhasabah diri sendiri.Adakah kita telah melakukan apa yang kita telah janjikan dalam dua kalimah syahadah kita yakni membebaskan diri kita dari segala2nya termasuk diri kita sendiri dan menyerahkan segala2nya kepada Allah s.w.t dan menerima Nabi Muhammad s.a.w. sebagai utusan-Nya. Saya sedar hidup saya masih tak bebas.Sebab itu umat Islam tak berjaya.Kerana kita telah langgar janji2 yang sudah kita berikan kepada Allah s.w.t.

Tetapi kaum bukan Islam jauh lebih berjaya berbanding dengan umat Islam.Kenapa pula?Memanglah di mata kita, mereka berjaya, mereka mempunyai kereta besar, rumah banglo dua tiga buah, duit berjuta2 di dalam bank dan banyak lagi.Tetapi di hati mereka, mereka tak pernah tenang.Mereka di kawal oleh perasaan tamak untuk mengaut kekayaan.Mereka sibuk kehulu kehilir untuk mencari rezeki. Jiwa mereka tak pernah tenteram.Di barat berlaku banyak masalah gelala sosial, kes bunuh diri, kes jenayah.Ini semua angkara perlukan duniawi.

Wahai semua umat islam.Marilah kita berhenti seketika dari hal dunia dan muhasabah diri apa yang telah kita berikan kepada Allah s.w.t. MArilah kiat tunaikan kembali janji kita kepada Allah s.w.t. yakni "Tiada Ilah selain Allah s.w.t. dan Muhammad adalah utusan-Nya."

Sekian dari saya.Wassalam.