Bebas!!
Aku akhirnya dah pulang ke tanah air.Dah puas lepaskan rindu makan nasi lemak, seafood, roti canai dan mcm2 lagi.But, yang paling penting ialah rindu kan keluargaku sendiri. Kawan, kekasih boleh ditukar ganti tapi keluarga tak boleh ditukar ganti. Darahku mengalir di nadi-nadi keluargaku.Darah ibu bapaku diturunkan kepadaku.Kononnya, aku ni dari keturunan yang hebat(ini nenek aku yang kata).
Tapi, untuk melepaskan rindu bukanlah satu-satunya sebab aku mahu pulang ke tanahair. Sebenarnya, aku mahu bebaskan diriku. Aku mahu lahir dari kesibukan belajar, masalah hidup dan macam-macam lagi. Aku mahu tumpukan fikiranku dan mindaku terhadap diriku sendiri. Kenapa aku diturunkan ke bumi ini? Apakah perananku? Apakah motifnya aku masih bernafas hingga ke hari ini? Persoalan ini sudah lama ada jawapannya, cuma aku yang lama hendak memahami dan mengoreknya. Allah s.w.t. sendiri telah berfirman yang kita dihantar di bumi ini untuk menjadi khalifah dunia. Tetapi, ini peranan untuk semua manusia di bumi ini. Masalahnya, apakah peranan untuk aku sahaja untuk mencapai tanggungjawab yang besar itu.
Sekian lama aku termenung, berfikir, mengenangkan nasibku yang penuh dengan onak dan duri. Kenapa hidupku mempunyai satu badai yang amat besar? Aku mahu hidup bebas di dunia ini. Masalahnya, kita takkan bebas. Selagi kita di dunia ini, kita takkan bebas. Walaupun kita mengaku kita ini negara merdeka. Adakah ia benar? Memang benar kita tidak ditawan oleh "Union Jack","The Red, White and Blue" atau apa-apa negara lain. Tetapi, minda dan jiwa kita telah ditawan. Kita telah ditarik oleh satu sifat yang bahaya dan sifat ini telah membimbangkan Nabi Muhammad s.a.w. Siapakah"penjajah"itu? Penjajah itu ialah sifat kita sendiri yang cintakan dunia.
Apabila kita bangun daripada tidur, tak ramai daripada kita yang bangun kerana dikejutkan oleh azan subuh tetapi kita dikejutkan oleh jam loceng yang memanggil-manggil kita untuk bersiap2 untuk pergi ke kerja. Kita dipengaruhi oleh media, televisyen dan macam-macam lagi yang membentuk cara hidup kita. Semua gaya kita dikawal dan dibentuk oleh selebriti-selebriti terkenal yang terpampang di kaca televisyen. Langsung tidak menunjukkan budaya kita.
Masih aku teringat selepas aku pulang dari kelas di bumi Ireland. Aku terjumpa seorang perempuan melayu sedang mengedarkan pamplet End The Occupation. Aku berborak dengan dia dan dia bangkitakan isu bahawa kerajaan telah menjual maruah orang melayu ke kaum bukan melayu. Kerajaan Malaysia sudah lupa akan budaya melayu. Tetapi, apabila aku melihat wajahnya, dia langsung tidak menunjukkan budaya kemelayuaan. Hidungnya bertindik, tidak bertudung, dan tidang berbaju kurung. Aku hanya mampu senyum dan mengangguk sahaja tetapi hatiku amat kecewa.
Aku bukannya hendak berkempen melayu sahaja. Tetapi aku hendak mengatakan budaya Islam kita sudah berkurangan. Ramai penganut Islam sendiri yang menetang ajaran Islam sendiri bukan orang bukan Islam. Kenapa saudara Islam kita sendiri menyoal cara hidup Islam yang sudah sempurna? Kononnya Islam tidak mengikut peredaran zaman. Inilah akibat apabila minda kita ditakluk oleh budaya-budaya barat yang tidak kena dengan budaya Islam. Kita menyanjung tinggi dengan pencapaian orang Barat di dunia.
Wahai penyanjung Islam sekalian, jikalau kita mahu bebas. Kita mesti putuskan diri kita dari dunia ini dan dekatkan diri kita kepada Allah s.w.t. Necaya itulah kebebasan yang hakiki.Wassalam

.................................................................................................................................

0 Comments:
Post a Comment
<< Home