Kejadian Semasa solat Asar
Salam semua...
Agaknya sudah lama saya tidak menulis. Saya baru sahaja habis daripada exam saya dan sekarang saya agak free sikit. Saya nak cerita satu kisah yang agak menarik perhatian saya. Satu hari tiba - tiba terdetik saya hendak solat asar di Dublin Mosque. Selalunya saya sibuk untuk solat Asar di Dublin Mosque dan saya solat di tempat lain.
Setelah selesai tunaikan solat Asar selama empat rakaat, Imam Yahya berdiri dan dan memandang ke arah para jemaah. Dia membuat pengumuman bahawa dia akan lakukan solat Jenazah. Semasa itu saya tersentak seketika. Otak saya berligat memikirkan bagaimana hendak melakukan solat Jenazah. Seumaur hidup saya, saya hanya melakukan tiga solat jenazah sahaja. Datang sorang junior kepada saya dan tanya bagaimana hendak melakukan solat jenazah. Dengan malunya saya menjawab saya tak tahu. Saya cuma ingat sikit - sikit sahaja. Betapa lemahnya diri saya ini tidak tahu bacaan dalam solat jenazah.
Kemudian sejumlah orang lelaki keluar dari masjid dan selepas lebih kurang 3 minit mereka masuk dengan membawa satu keranda yang agak lawa. Inilah kali pertama saya melihat satu keranda yang lawa. Kayunya cokelat dan bersinar. Kemudian kami melakukan solat jenazah. Saya tidak berapa ingat bacaannya tapi saya berdoa moga - moga Allah memudahkan perhitungannya di hari akhirat.
Tapi, sepanjang solat jenazah itu terlintas dalam fikiran saya mengenai maut. Cara semayang solat jenazah amat berbeza dengan solat lain. Semua saf rapat - rapat dan berdiri. Saya terfikir inilah caranya Allah untuk memberi peringatan kepada kita. Semua saf rapat - rapat mungkin supaya saf di belakang dapat melihat jenazah. Semua jemaah berdiri mungkin untuk jemaah tidak langsung menjauhkan pandangan mereka dari jenazah. Dua - dua ini mungkin dapat memperingati diri kita sebagai manusia mengenai maut. Maut boleh berkalu kepada kita bila - bila masa sahaja. Tidak kenal umur dan bangsa dan jantina. Aku sedih mengingati dosa - dosaku yang lampau. Manalah tahu Allah mencabut nyawaku selepas aku taip teks ini. Aku bimbang adakah aku bersedia untuk mengahadapai Allah S.w.t. Berapa ramai di antara kita yang mengingati mati? Rasulallah s.a.w. pernah berkata bahawa orang yang paling bijak ialah yang mengingati mati.
Zaman sekarang ramai orang yang takut akan mati. Tapi, sepatutnay kita tak perlu takut dengan mati. Kerana mati ialah seperti satu berita baik kepada kita. Kita terlepas daripada tangungjawab di dunia dan melakukan dosa. Kita cuma perlu takut adakah kita layak untuk masuk syurga Allah. Adakah kita bersedia untuk mengahadapi Pencipta kita? Allah pernah berfirman: -
"Bagaimana kamu tergamak mengingkari Allah padahal kamu dahulunya mati(belum lahir) kemudian Dia menghidupkan kamu; setelah itu Dia mematikan kamu, kemudian dia menhidupkan kamu pula (pada hari akhirat kelak); akhirnya kamu dikembalikan kepada-Nya." (Surah al-Baqarah:28)
Saya rasa kita sepatutnya melakukan lebih banyak solat jemaah dan menziarahi kubur untuk menngigati mati. Rasulallah s.a.w. tiap - tipa pagi menziatahi kubur bukan untuk menziarahi sahabatnya atau keluarganya, tapi untuk ingat tentang mati.
Saya suka dengan satu peringatan di setiap masjid di Malaysia yakni sembahyanglah kamu di belakang Imam sebelum kamu disembahyangkan di hadapan Imam. Lakukanlah amalan kita seperti kita akan mati pada saat yang seterusnya. Wassalam.

2 Comments:
Betul..Kita jadikanlah mati sebagai satu garis penolak untuk melakukan segala apa di dunia ini supaya segala amalan kite terarah kpd keredhaan Allah..kerana biasanye dgn mengingati mati kita akan sedar kejadian diri ini yg hina.."Jgnlah kita ingat mereka sbg terbunuh di jalan Allah. Tidak,mereka sedang hidup, bersama Tuhan mereka dan mereka mendapat ganjaran" (Ali Imran:169).. so, jdkanlah diri kite sbg pejuang di jln Allah supaya kite dpt hidup di sisi Nya dgn penuh kegembiraan..itulah kematian yg paling mulia..
Lebih best kalau kau tulis dari apa yg lahir dari dalam hati sendiri, macam artikel yang ini, dari sekadar copy n paste article orang lain :)
Post a Comment
<< Home