Image hosted by Photobucket.com ................................................................................................................................. Surah Ar-Rad(Ayat 28):Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia

Monday, May 09, 2005

Dosa...Janganlah Ambik Ringan

Salam semua... Saya bertemu sahabat saya yang jauh dari barat. Dia cerita bahawa ada satu kisah yang saya amat meluat bila memikirkannya. Dia cerita ada seorang perempuan itu ingin pergi ke disko ataupun parti orang Irish(antara dua itu saya tak berapa ingat). Lepas itu dia kata tidak kisah dia pergi gathering itu kerana dia sudah semayang isya'!!!!

Saya tidak pandai dalam ilmu fikah tapi jikalau ikut pemahaman saya sendiri dan juga pemahaman orang ramai dosa adalah kesalahan dalam agama(lebih kurang macam inilah. Kalau salah silalah tegur).

Dunia sekarang mengambil ringan dosa dan lebih teruk lagi membuat andaian sendiri apa yang berdosa dan apa yang tidak berdosa. Islam ialah satu agama yang indah yang dihantar ke manusia untuk menjalani hidup yang sempurna dan aman. Apa bukti bahawa Islam ialah satu agama yang sempurna, sesuai dengan citarasa manusia? Jika kita lihat sejarah sendiri empayar Islam bertapak di muka bumi selama lebih kurang 500 tahun dan sistem ini berjaya. Kita dah nampak dengan mata kepala kita sendiri bahawa sistem Islam ialah sistem yang terbaik. Oleh itu kenapa kita menolaknya? Allah pernah berfirman: -

"Dan Al-Quran yang Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad) islah yang benar yang tetap mengesahkan Kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan sedalam-dalamnya akan keadaan sekalian hambaNya, lagi Maha Melihat dan memerhatikan."(Surah Faatir:31)

Kita mesti anggap bahawa dosa itu adalah dosa.Janganlah kita menganggap kita seperti sebotol air. Apabila kita buat dosa, air dalam botol itu berkurangan dan apabila kita buat amalan air dalam botol itu bertambah. Kita mesti menganggap dosa akan memecahkan botol itu dan tumpahlah segala air dalam botol itu. Ia adalah titik hitam dalam hati kita dan ia akan kekal dalam buku amalan kita. Amalan dan dosa kita akan dicatit dalam buku amalan kita dan akan ditimbang di akhirat kelak seperti dalam al-quran: -

"Dan(ingatlah) Kami akan mengadakan neraca timbangan yang adil unutk (menimbang amal makhluk - makhluk pada) hari kiamat; maka tidak ada diri sesiapa akan teraniaya sedikitpun dan jika(amalnya) itu seberat biji sawi(sekalipun), nescaya Kami akan mendatangkannya dan cukuplah Kami sebagai Penghitung."(Surah Al-Anbiya':47)

Jika kita lihat kepada perempuan ini, dia seolah-olah telah mengampunkan dosanya sendiri apabila melakukan amalan solat isya'. Bukankah amalan ini agak biasa di kalangan kita. contohnya ada orang semayang selepas buat jahat kononnya nanti dosanya akan terhapus. Berbanding dengan orang kristian yang menggunakan orang tengah yakni paderi untuk mengampunkan dosanya. Oleh itu kita lebih teruk daripada orang kristian dan seolah-olah kita membuat agama kita sendiri yakni agama "akunisme" yakni agama sukahati senidiri je. Sedangkan Allah sahaja yang layak mengampuni dosa kita kerana Dialah Maha Mengampuni dan Maha Mengasihani.

Kita sekarang mengambil mudah sahaja perkara dosa ini. Para sahabat Rasulallah s.a.w. amat takut untuk melakukan dosa. Pada waktu malam mereka menangis dan merintih meminta Allah s.w.t. untuk mengampunkan dosa mereka. Adakah kita merintih kerana dosa kita? Tidak sekali malah kita berbangga dengan dosa kita sendiri dan ada juga yang membenarkan apa yang salah dan salahkan apa yang benar.

"Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya."(Al-Baqarah:42)

Bukan ringan perkara dosa ini. Amat pedih azab Allah di neraka kelak. Apabila kita terima azab Allah sudah terlambat untuk kita bertaubat.

"Sesungguhnya telah rugilah orang - orang yang mendustakan pertemuan menghadap Allah; sehingga apabila hari kiamat datang secara menegjut kepada mereka, mereka berkata: Aduhai kesalnya kami atas apa yang telah kami cuaikan dalam dunia! Sambil mereka memikul dosa - dosa mereka di atas belakang mereka. Ingatlah, amatlah buruk apa yang mereka pikul itu."(Surah Al - An'aam:31)

Marilah kita meminta kepada Allah untuk mengampunkan dosa-dosa kita dan menjauhi kita kepada perkara dosa kerana dosa itu adalah peta kita ke pintu neraka. Wassalam...

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

true.. hakikatnya, ramai di antara kita (termasuklah aku juge) yg ambil mudah pasal dosa ni.. mentang2 dosa kecik, kononnya bolehlah minta dimaafkan. kita sembahyang dan doa tapi tak menghayati intipati sebenar ibadah yg kita lakukan tu.. semahyang kita tak dapat menjauhkan kita dari fahsyaa' dan mungkar... :-(

1:23 PM  

Post a Comment

<< Home